XM.COM

Thursday 31 March 2016

Tindakan wanita selamatkan anjing kemalangan dipuji

Gempar wanita memegang anjing??

Syukur masih ada sifat ikhsan terhadap haiwan walaupun ia hanya seekor anjing.



Minggu lalu satu rakaman video telah tersebar luas menunjukkan seorang wanita bertudung menyelamatkan anjing di tengah jalan akibat kemalangan.


Minggu ini wanita tersebut, Anis Mohd Taufiq dijemput krew Sinar Fm utk ditemuramah dek kesanggupan/sifat keikhsanan beliau menyelamatkan seekor anjing yang kemalangan.

Pagi td (31 Mac 2016) 
saya pergi kerja dlm pukul 10pagi mcm tu, terdengar celoteh kak Bed menemuramah seorang wanita yang bernama, Cik Anis..

Mendengar cerita Cik Anis ni, dia dalam perjalanan pulang dari kerja di area Shah Alam, kebetulan jalan mastu jem teruk.

Jadi, semasa kejadian berlaku dia turun menyelamatkan anjing tersebut walaupun beliau berkata anjing tersebut sangat berat.

Beliau menyuruh salah seorang netizen yang berada disitu utk mengangkat anjing tersebut, namun lelaki tersebut menolak utk tidak angkat.  Beberapa kali tidak diendahkan, beliau dengan sendirinya menyinsing lengan baju dan mengankat anjing tersebut.

Nak dijadikan cerita anjing tersebut mati semasa beliau mengangkat, jd nk tak nk dia kena tanam jgk la.  Kwn Cik Anis yang lain mengatakan bahawa anjing ini mempunyai tuan kerana terdapat Collar di tengkuknya jd nak tak nak kena tinggal je la anjing ni tepi jalan mengharapkan ada org yang ambil utk ditanam.

Begitu la ceritanya seorang wanita yg berani /sanggup menolong anjing yg dalam kesakitan. Semoga Allah merahmati perbuatan mulia itu Cik Anis.  

Well, Keep it up.

Tuesday 29 March 2016

Most famous ''Affiliate Program'' while blogging

Good Morning My World!

What is affiliate program?

Webmasters/blogger will receive a referral fee or commission from sales when the customer has clicked the affiliate link to get to the (merchant's Web site).

What is merchant’s Web Site?

Merchant’s Web Site is the site where they will promote or sell their product to people.
The most common types of affiliate programs include pay-per-click, and pay-per-sale.

There are so many web site which offer the ads (advertisement) to the blogger for advertising the link.

The most famous Website which offered Affiliate Program nowadays are:




1. AMAZON (click here)

 



2. LAZADA  (click here)




3. GROUPON (click here)



4. etc.


The blogger should know how each of the website works and give you the commission when there are some purchasing occured.
They also need to follow the program which offer by the merchant's website.

Monday 28 March 2016

[FREE] SYOK ESCAPE by Dutch Lady

HELLO DUTCH LADY!


Win one of its kind unique experience with Dutch Lady PureFarm Syok Escape Inilah Pilihanku contest! 







Collect and stand a chance to win!!

Get 8 Dutch Lady PureFarm (200ml) barcodes and stand a chance to win a popular holiday adventure for 4 pax!
Promotion period: 1 Mar - 15 May 2016 


Collect and redeem!!

Get 4 Dutch Lady PureFarm (200ml) barcodes and redeem 1 escape room ticket  at only RM20 from any escape room outlets in Malaysia.
Promotion period: 1 Mar - 15 May 2016

Kempen Pemandulan & Pemeriksaan Kucing (2 April 2016) UMK Padang tembak

Pakat Maqi ramai2 ke 
KEMPEN PEMANDULAN DAN PEMERIKSAAN KUCING..

Sesiapa yang berminat utk mandulkan kucing anda sila hubungi pihak urusetia..

Bertempat di Fakulti Perubatan Veterinar , UMK Padang Tembak..  
Anda boleh ke link ini utk melihat maps , LOKASI .

Jam 8 pagi - 6 ptg

Pada 2 April 2016



Pakat qoyak ko saing2 belake dehhh..


Pertandingan Kucing (9 April 2016) di UMK, Pengkalan Chepa, Kelantan

Hadiah untuk semua peserta!!!!




Jom maqi ramai-ramai ke pertandingan kucing yang bakal dianjurkan buat kali pertama dari pelajar Fakulti Perubatah Veterinar, UMK. 

Semua peserta akan dapat goodie bags percuma dari penaja2 kami! 

1. Pertandingan Kucing (pra pendaftaran sehingga 1/4/2016)

*2. Sangkar berhias

*3. Pakaian Beragam Kucing

*4. Mewarna bagi kanak2 mengikut kategori umur.


*pertandingan 2-4 boleh mendaftar semasa hari pertandingan bermula jam 8.30 sehingga 9.30 pagi. 


Bagi pertandingan mewarna, disarankan peserta membawa peralatan mewarna sendiri.




**Sila hubungi urusetia untuk maklumat lanjut.

Kaji Mengapa Pelajar Tidak Minat Subjek Sains

Salam Mac 2016,

Mengapa pelajar aliran sains makin berkurangan saban tahun?

Hal ini perlu dikaji semula oleh sistem pendidikan Malaysia dalam merencanakan Wawasan 2020 yang meramalkan  Malaysia bakal menjadi sebuah negara maju didampingi saintis-saintis muda dan ahli-ahli akademik..



Jadi , sebuah jawatankuasa peringkat kebangsaan perlu dibentuk bagi  mengetahui mengapa pelajar tidak berminat untuk mengikuti aliran sains. 


Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pelajar secara semula jadi mengejar kerjaya dalam bidang yang mereka minati.  Selain itu beliau mencadangkan supaya melihat semula bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dilaksanakan. Proses pengajaran juga perlu diterapkan secara menarik bagi menarik minat pelajar2 agar meminati jurusan ini.

Beliau berkata kami memerlukan data untuk menangani masalah ini supaya tindakan boleh diambil untuk mencari keseimbangan antara sains dan seni. Beliau diminta mengulas mengenai kajian yang mendapati bahawa pelajar Malaysia telah kehilangan minat dalam bidang sains. Satu kajian telah dijalankan oleh Akademik Sains Malaysia, mendapati hanya 21 peratus daripada pelajar di peringkat menengah atas memilih untuk belajar mata pelajaran sains pada 2014.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaya,  Prof Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata subjek sains perlu dijadikan lebih relevan kepada pelajar.  Beliau berkata ,para pelajar perlu melihat hubungan antara sains dan masa depan kerjaya juga mungkin terdapat persepsi bahawa mata pelajaran sains adalah lebih sukar berbanding seni.  Kursus seperti perniagaan dilihat sebagai pilihan yang lebih menarik.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad berkata, pelajar dibenarkan untuk memilih mata pelajaran yang mereka mahu pelajari dan bukannya memaksa mereka untuk mengikuti bidang seni atau sains.

Seorang pelajar tingkatan lima, yang hanya mahu menjadi dikenali sebagai Marie, memilih aliran sastera selepas mendapati mata pelajaran sains "membosankan".  Marie juga berkata mata pelajaran itu tidak menarik.

Sementara itu Jing Min, 16, berkata, dia dipaksa untuk belajar dalam aliran sains oleh ibu bapanya.  Saya tidak minat dengan subjek biologi tetapi mata pelajaran lain, OKAY.



Pilihan yang tepat harus diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia agar memastikan aliran sains ini berkembang sejajar dengan pertumbuhan dunia moden masa kini..

" Mereka tidak layak jadi DOKTOR....! "

 MEREKA tidak layak jadi DOKTOR....?

Siapa? 

Menurut MStar online , akibat terdesak untuk menceburi bidang perubatan, ramai pelajar Malaysia yang TIDAK MEMPUNYAI KELAYAKAN AKADEMIK mengambil keputusan untuk belajar di luar negara bagi mendapatkan ijazah kedoktoran mereka.

News ini boleh dibaca di pautan ini, SINI

Mereka tahu mereka tidak layak untuk diterima di Institut Pengajian Tinggi Awan Malaysia, jadi cara mudah hanya keluarkan modal wang ringgit dan belajar di luar negara walaupun tiada kelayakan akademik menurut MStar online. 



Kisah ini mengingatkan saya tentang pengalaman menerima rawatan di Hospital berkenaan, dimana doktor yang merawat saya sendiri tidak mahir hanya sekadar untuk mengambil darah di bahagian lengan tangan.

Saya terfikir adakah mereka sudah layak di gelar doktor jika perkara wajib begitu masih tidak dapat dikuasai.. Mujur saya boleh bersabar dengan perkara sebegitu, jika begitu caranya di lakukan pada org yang 'panas hati' mungkin boleh menyebabkan pertelingkahan..

Mungkin dunia sekarang ini, duit mampu membeli segalanya walaupun hakikatnya anda sebnarnya tidak layak.

Fikir-fikirkan lah.. 







Sunday 27 March 2016

Kerjaya Veterinar Perlu Ada minat

Hai Dunia Veterinar!!


Kerjaya Veterinar perlu ada minat?

Ya, sudah tentu.

Kerjaya ini memang memerlukan minat terhadap haiwan terutama sekali terhadap haiwan kesayangan seperti kucing, anjing, ikan, arnab, iguana, hamster dan sebagainya. Nampak mudah tetapi penjagaan setiap haiwan berlainan dari segi pamakanannya, tempat tinggalnya (habitat) yg perlu mengikut kesesuaian tersendiri.

Minat sahaja juga tidak cukup dimana adik2 perlu belajar rajin-rajin dan skor utk exam-exam besar seperti UPSR, PMR, dan SPM utk menentukan hala tuju adik2.  Utk menceburi bidang ini, adik2 perlu menunjukkan minat terhadap subjek sains tulen seperti BIOLOGY dan CHEMISTRY kerana kedua-dua subjek ini adalah subjek asas dalam bidang veterinar ini.

Subjek biology adalah subjek yang menerangkan tentang benda2 yang hidup dan bernyawa dimana kita akan tahu lebih mendalam bagaimana proses kehidupan dan haiwan disekeliling kita bernyawa dan survive utk hidup. Bagi saya, ini adalah subjek yg menarik kerana kita dapat mengetahui tentang perkara yang hidup dan ada tindak balas. hehe Mungkin sbb tak minat fizik kot, sebab kena kira daya, tenaga elektrik la, momentum la, number2 giga hz la hahaha..

Keratan surat khabar dibawah bertarikh 3 Mac 2009 dimana time ni pun Dr baru habes SPM which menjadi penggerak semangat pada saya utk menceburi bidang ini.. hehe
(Click image to enlarge)

Dahulunya hanya terdapat sebuah Universiti di Malaysia yang menawarkan bidang Veterinar ini, dan pada tahun 2009 terdapat sebuah lagi universiti yang baru iaitu Universiti Malaysia Kelantan yang menawarkan kursus Doktor Perubatan Veterinar dan anda boleh ke SINI utk menlihat lebih lanjut tentang requirement kursus ini.

Jadi adik2 perlu berusaha dengan lebih rajin utk menceburi bidang ini, akhir kata dari saya, semoga maju jaya!! Gambate kudasai.. Go go go..

Monday 21 March 2016

Kerja di syarikat swasta menggerunkan?

Salam 1 Veterinar..

Kerjaya di dalam Syarikat swasta menggerunkan?

Kadang2 takut juga dengar zaman skrg ni 2016 makin byk yg dibuang kerja atas alasan kekurangan bajet/ sumber kewangan bagi menampung pengambilan pekerja baru dalam satu2 syarikat..

Hal ini memang menggerunkan utk didengar terutamanya bagi fresh graduate dari universiti/kolej..


Ya,
sememangnya bekerja di syarikat swasta sangat meletihkan dan menggerunkan kerana kebanyakan akan menumpukan kepada PROFIT, PROFIT dan PROFIT.  Ya, jika anda boleh memberi pulangan yg tinggi kepada syarikat, tidak mustahil anda bakal menerima durian runtuh utk bonus tahunan nanti.

Jadi, bekerja di syarikat swasta membuatkan anda perlu lebih bertenaga dan aktif setiap hari.  perwatakan juga penting utk membawa imej anda sebagai sebuah syarikat.  Jika personaliti anda nampak selekeh, ini akan membawa kepada penurunan kepercayaan/jatuh standard.

tidak mustahil la jika syarikat2 swasta ini akan menayang kereta mewah semasa meeting dengan syarikat2 besar.


Anda perlu struggle dan selalu menunjukkan prestasi yg baik dan bagus, siapkan semua tugasan mengikut masa yg ditetapkan, nescaya anda bakal menjadi pekerja yg cemerlang.

Jadi bekerja di syarikat swasta menggerunkn? Tidak juga, its depend on INDIVIDUAL itself.

Be happy always and keep following this blog!

Sunday 20 March 2016

Fresh graduate salary

Fresh grad? What are you expect for your salary after getting a degree/diploma scroll?

RM5000?

RM4000? 

RM3000?

RM2500?

Or don't want to demand my degree..

Maybe up to the Board of Director..

Below show us the average salary for the field that you are involved.  This was the info for government employee (Picture)..

For the private sector, maybe the rate is different because sometime the private sector would not see your qualification, but they are looking on your performance and also your experiences.  But then, if you're able to show them your capability in handling the works, no wonder the management can offer you more than the basic.


Sometimes the freshiessss are looking on the good salary but they don't now how to handle the work, don't know how to interact with people and customers.  Freshieee should not demand the high salary at first, please use the opportunity to find the experiences in handling the project in the company, so that your boss will know your capability and your future will be fine.

Good luck freshieee..

Please looking for the work with good and comfortable environment.. Otherwise you will be like working in the hell.. ermmmm

Wednesday 9 March 2016

Selepas SPM, kemanakah hala tuju pelajar?

Selepas SPM, kemanakah anda?

TINGKATAN 6,        MATRIKULASI,          DIPLOMA,       PROGRAM ASASI...?

Inilah yang selalu bermain difikiran pelajar2 lepasan SPM, mereka akan mengatur hala tuju diri mereka. Belajar lah anak2, menuntut ilmu ini tidak akan pernah habis, sangat sangat luas  apabila berbicara tentang ilmu pengetahuan ini, sangat2 luas..

Jadi, disini saya akan terangkan tentang serba sedikit tentang semua sistem pembelajaran di setiap institusi diatas:

(Click to enlarge)

(a). TINGKATAN 6

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
Pertama, ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.  Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. 

Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.  Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. 

Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.  Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.

(b). MATRIKULASI

 Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal.

Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

(c). DIPLOMA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

(d). PROGRAM ASASI

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester. 

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Tuesday 8 March 2016

Salter Harris fracture.. Make it easy to remember!!

What is the Salter-Harris fracture?

Ermmm..

Salter-Harris fracture is the fracture which occur on the growth plate of the long bone.

Where is growth plate? Let's revise again.

 
(Click to enlarge)

We can see the basic anatomical of the bone which we can recognize where is the growth plate.
Growth plates are found in the long bones of the body—the bones that are longer than they are wide. Examples of long bones include the femur (thighbone), the radius and ulna in the forearm, as well as the metacarpal bones in the hands.

So, there are some classification of growth plate fracture..

Type I Salter-Harris Fractures
These fractures break through the bone at the growth plate, separating the bone end from the bone shaft and completely disrupting the growth plate.

Type II Salter-Harris Fractures
These fractures break through part of the bone at the growth plate and crack through the bone shaft, as well. This is the most common type of growth plate fracture.

Type III Salter-Harris Fractures
These fractures cross through a portion of the growth plate and break off a piece of the bone end. This type of fracture is more common in older children.

Type IV Salter-Harris Fractures
These fractures break through the bone shaft, the growth plate, and the end of the bone.

Type V Salter-Harris Fractures
These fractures occur due to a crushing injury to the growth plate from a compression force. They are rare fractures.



It would be very difficult and hard to remember right?

Ermmm.. there are some formulas to remember easily.

Let remember this picture.

 
(click to enlarge)

Okay, did you can remember in 3-4 minutes?

Did you can answer immediately if the surgeon asked you to explain what is the type III Salter Harris Fracture ?

Not easy to be a good Veterinarian. So, be happy. Keep smiling.
See you again..!!

Monday 7 March 2016

Susah tak nak jadi Doktor Veterinar?

Ini adalah entry original.. tak di copy paste dari mana2 blog..


Kami sebagai blogger dari kerjaya ini (Tun Teja) Veterinawan / Doktor Veterinar akan menyelesaikan segala kekeliruan saudara dan saudari.



Susah ke tak? ermmm..

adik2, nk jadi doktor pertama sekali dalam pemikiran adik agak2 susah tak? hehe
Confirm la agak susah TETAPI susah dan senang ini sebenarnya bergantung kepada minat adik2 juga.  Kalau adik minat, benda yang susah pun akan jadi mudah. Ye dak?

Okay, bg pendapat saya, kos Veterinar ini agak mencabar kerana kita perlu tahu segalanya tentang haiwan, saya bkn nk takutkan adik2 ya. Ini pendapat saya sahaja, pendapat org lain mungkin berbeza kan..

Ya dik, susah mmg susah, nk jadi doktor kan, tak kan senang2 je nak dapat gelaran DR. kat depan nama tu kalau terlalu mudah.

 TETAPI apabila kita masuk ke bidang ini, kita belajar mengikut silibus yang ditetapkan, by the time kita reach at 5 years, semuanya rasa senang saja sebenarnya, yela dah bertapa sampai 5 tahun tentang haiwan, nk tak nak mesti akan terror juga.

Biasa la nikmat belajar mmg macam tu, kalau kita di peringkat yang tinggi, kita lihat UPSR alamakkkkk kacang je, nape la aku struggle sgt dlu.. So benda itu manjadi lumrah kan..

Jadi, saya dah pernah tulis entry utk terangkan jalan-jalan utk menjadi seorang Doktor Veterinar, adik2 boleh lihat di link di bawah..


Jadi jika terdapat sebarang pertanyaan boleh direct comment ya. Nanti Dr akan jawab..

salam semua..

Sunday 6 March 2016

Kerjaya : VETERINAR

Apakah itu Veterinar?

Time kecik2 saya pun tak tahu apakah itu veterinar. Dan saya yakin masyarakat sekarang ramai lagi yang masih tak tahu apakah itu veterinar, dan apakah kerjaya dalam veterinar yang boleh kita ceburi.

Saya yakin selalunya blog-blog akan di cari /search /google semata2 untuk tahu apakah itu bidang veterinar, terutamanya student2 yang baru lepas SPM / Matrikulasi / asasi / STPM kerana mereka ingin melanjutkan pengajian ke bidang ini.

Saya harap blog ini dapat menjelaskan lagi pemahaman semua tentang apakah itu veterinar.

Okay, bidang veterinar ini sama sahaja seperti Doktor Haiwan. Anda tahu apakah itu doktor haiwan, sudah tentu ramai yang tahu doktor haiwan itu sebagai doktor yang merawat haiwan, mencegah penyakit haiwan, menghalang daripada penyakit berjangkit kepada haiwan dan semua yang berkaitan dengan haiwan.  Itu saje, senang kan.


Di negara Eropah, Doktor Veterinar ini dianggap satu pekerjaan yang sangat dihormati kerana pemikiran orang luar terhadap haiwan sangat tinggi, jadi mereka sangat menghormati doktor veterinar ini.

Di Malaysia, bidang ini sedang dan semakin berkembang dari tahun ke tahun dan tidak mustahil suatu hari akan menjadi seperti di Eropah. Di sebabkan pengajian doktor di Malaysia hanya bergantung kepada 2 buah universiti awam iaitu UPM dan UMK, jadi pengeluaran doktor veterinar setiap tahun hanya + - 160 orang sahaja.

Kepada pelajar2 yang berminat untuk menceburi bidang ini, minat terhadap haiwan sangat penting. Ya, saya katakan sangat penting kerana jika tiada minat dalam bidang ini, kita akan merasa terbeban semasa mempelajari bidang ini. (Walhal penulis pun takut kucing) kikiki..

Sesiapa yang tidak memahami akan bidang ini, dan ingin bertanya lebih lanjut, anda boleh ke ruangan komen dan buat pertanyaan, atau boleh direct email kepada penulis. 

Selamat beramal. Terima kasih.

Thursday 3 March 2016

Cat Breeds! Very Unique!

Cat Breeds!

There are a lots of cat breeds in this world. Some of them was very unique and stylo.

Sometime we cannot believe it because the cat is very rare and hard to find the breed in the market. We need to import from somewhere. 

(Click the picture to enlarge)

In Malaysia, one of the famous cat breeds are Persian, Bengal, Burmese, Siamese, Maine coon, Sphynx, and etc. You can go through this website to looks more on cat breeds in Malaysia. (http://www.malaysiacatclub.com/breeds.html).

(Click the picture to enlarge)

One of the famous cat breeds in Malaysia is Bengal cat which is very rare species that they breed to export outside of Malaysia. You can surf on this website for further info of this bengal cat (http://www.kittunkatz.com/). 

Kempen Pemandulan Dan Pemeriksaan Kucing (2 APRIL 2016)

Salam sayang semua warga blog sekalian,

Sekadar mempromosikan Kempen Pemandulan Kucing!

Kawan kawan!!!

'JOM kawal populasi kucing, kawal penularan penyakit, kawal kucing terbiar, wadah silaturrahim manusia dan haiwan'

Mari beramai-ramai ke 'KEMPEN PEMANDULAN DAN PEMERIKSAAN KUCING'. Pelbagai aktiviti menarik disediakan sperti PROJEK PEMANDULAN, MINI KARNIVAL, EXOTIC PET SHOW, INFO PENJAGAAN ANAK BULUS ANDA, KEMPEN VAKSIN DAN DEWORMING dan macam-macam lagi...


at 8 AM - 6 PM

Bertempat di : Fakulti Perubatan Veterinar, UMK Padang Tembak, Kelantan

****Bagi sesiapa yg berminat atau berhajat ingin memandulkan si comel anda boleh menghubungi Alia Zulaikha (016-2087170) atau Nur Alyaa ( 017-2757456) untuk appointment dan keterangan lanjut... Harga ditawarkan bg pemandulan kucing adalah HARGA KASIH SAYANG..jd ap tunggu lagi...JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!... 



'JOM BERAMAI-RAMAI DEMI SI MANJA ANDA'

What are Microorganisms?

What are the microorganisms?? 


Did they make harm to our body?





In definition, a microorganism or microbe is an organism that is so small that it is microscopic (invisible to the naked eye). We have to use the microscope to see the microorganism. But not all the microorganism that we can observe under the microscope.  Sometime we have to observe by using the special tools or special microscopy (electron microscope) to look the microbe.



Actually micro-organisms are involved in many types which can categories as:
a. Bacterial infection
b. virus infection
c. fungi infection
d. protozoa infection (parasite)
e. helminth worms

These micro organisms are very dangerous which can cause harm to the human/animals body.  They can attack the cell in the body of human being and can cause the cell to death and lead to the disruption of body system.

Thats why we have to control these microorganism by taking antibiotic, vaccination program, antifungi, antiparasite and and others drug.

I will explain briefly about each microorganisms in the new entry. 
See you again. Byeee..

Peace yoooo..


What is Veterinary Medicine?

What is Veterinary Medicine?

For me the easy answer for this question is, an Animal Doctor. Thats it!

From the word 'medicine' itself we can know this is all about the medical profession which deal with the prevention of diseases, diagnosis of the patients who are sick and give the best treatment to them.

While according to wikipedia, veterinary medicine is the branch of medicine that deals with the prevention, diagnosis and treatment of disease, disorder and injury in non-human animals.

Veterinary Medicine in Malaysia (based on my country) is very huge and expanding profession which the demand of the Doctor of Veterinary Medicine (DVM) is very high.  The graduated Doctor will have no worries in applying for their first job in Malaysia. The demand for this profession are very wide, they can choose the field that they like most/ their favourite for examples Small animals clinic, Poultry industry, Ruminant industry, Zoo (wildlife), Drug & vaccine company, Feedmills company and etc.

There are 2 Universities that offer for this course which are:
(1).  UPM ( http://www.vet.upm.edu.my/ ) &
(2).  UMK ( http://fpv.umk.edu.my/BI/ )

And I'm proud to be graduated from one of them. Guess what? .. Find yourself.

So, get your chance to further your study in this field.  We can help to treat the animal problem and also can be one of the most lovely pet owner in the world.

Follow my blog for more information. See you again.

Wednesday 2 March 2016

Selarikah kerjaya dan minat anda?

Kerjaya dan minat?



  

Dua perkataan ini selalu bermain di fikiran anak muda sekarang.

Kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan seharian mereka bagi mendapatkan wang pendapatan untuk terus hidup.

Minat pula adalah merupakan dorongan atau keinginan dalam diri seseorang pada objek/perkara tertentu.  Sudah tentu minat dikalsifikasikan sebagai hobi. cthnya minat mengumpul setem atau barang2 antik.

Jadi, apa yang perlu difahamkan disini adalah, apabila tiba masa untuk membuat keputusan bekerja, apakah nilai yang kita perlu pilih, kerjaya atau minat?

Pada pendapat saya, kerjaya itu penting, jadi ia perlulah selari dengan minat kita juga. Bayangkan kita hendak bekerja disesuatu tempat yang harmoni keadaan persekitarannya, sudah tentu kita akan berasa gembira untuk bekerja sehari suntuk.

Tetapi bayang kan jika kerjaya yang kita pilih tidak mengikut minat dalam diri kita, sudah tentu kita akan berasa bosan/ tidak gembira bekerja dalam suasana sebegitu rupa. Minat sangat penting jadi haruslah selari dengan kerja yang dipilih. Barulah kerja yang dibuat sempurna hasilnya, ye dak..

Sekian saja entry utk kali ini.

Yang Benar,
DR. MACHO

Tuesday 1 March 2016

Tips belajar secara teratur dan berkesan!

Salam sejahtera semua pembaca blog..

Di blog informasi ini, kita akan kupaskan bagaimana teknik untuk belajar dgn lebih berkesan.

Anda boleh lihat gambar dibawah ini.. 3 aspek penting yang perlu diketahui umum adalah:

(a). Mengulangkaji pelajaran - Mengulangkaji disini bermaksud kita menyemak semula apa ilmu yang telah dipelajari selepas menghadiri kelas bersama guru. Semak apa yang telah anda pelajari dan fahamkan. Fahamkan adalah satu benda yang sgt penting.
Ramai yg masuk kelas untuk belajar tetapi sedikit yang keluar kelas yg dapat memahami apa yang mereka belajar sebenarnya. Apabila satu benda yang tidak difahami berlarutan, dan keesokan harinya pelajaran baru pula yg diajar, maka mereka akan mula terbeban dengan membawa sikap yg tidak difahami itu sehingga ke dewan peperiksaan. Itu yang menjadi masalah pada pelajar pada masa sekarang.
dan seleaps faham apa yang dibelajar dikelas, barulah anda boleh memahami dan menghafal ilmu yang telah dipelajari itu dengan lebih berkesan.

(b). Merujuk -  Dengan erti kata lain adalah berbincang / bertanya kepada guru yang mengajar atau kawan2 yang faham akan pelajaran yg mereka pelajari. Kadang2 kita susah untuk faham sesuatu perkara, tetapi apabila kawan kita faham apa yang diajar, "Laaaaaaaaaaa, mcm tu je ke, senang je".
Haaaa, perkara ini selalu berlaku pada kita kan.. Sebab itu orang tua dulu2 pernah berkata 'malu bertanya sesat jalan". Ya mmg benar, kalau malu bertanya mmg akan sesat kecuali guna WAZE, itu pun kadang2 sesat jugak.. kikiki..
Jadi buat lah rujukan tidak kira merujuk kepada buku nota, merujuk pada sumber internet, merujuk pada buku rujukan dan lain2.

(c). Membuat latihan - membuat latihan adalah satu benda yang penting untuk kita menguji sejauh mana kita sudah bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan bagi tajuk yang dipelajari. Jadi kita perlulah membuat latih tubi, menjawab soalan2 yang mirip/klon pada peperiksaan tersebut jadi kita akan lebih bersedia dgn segala jenis soalan yang bakal ditanya. Tambah bertuah jika soalan yang kita buat latihan itu, keluar dlm soalan peperiksaan sebenar, alangkah indahnya hidup ini bukan. hehe





Jadi, sekian saja tips2 belajar yang berkesan dari saya. Sekian Terima kasih,.