XM.COM

Monday 22 February 2016

Pengenalan diri penulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Salam 1 Muhibbah,

Penulis blog ni hanya manusia biasa, tiada kuasa superhero yg luar biasa,
Penulis dilahirkan di Hospital Bukit Mertajam pada tanggal 3 April tahun 1991.  Seorang bayi yang agak comel telah dilahirkan disini yang bakal menggegarkan dunia suatu ketika nanti.

Penulis memulakan perjalanan hidup dgn cukup macho dan sporting.
Pelbagai suka duka dalam hidup telah ditempuhi,
hingga sampai satu ketika penulis rasa sudah tertewas melawan dunia yang fana ini.
Penulis tidak putus asa dan bangkit di penghujung jalan.

Penulis juga manusia biasa, pernah melalui zaman kejahilan dan dari situ penulis bangun dan perbaiki kesilapan sehingga sekarang penulis bisa berdiri dengan tegap lagi gagah perkasa.

Jangan terlalu ambil hati dengan gaya penulisan saya kerana saya bukan A. Samad Said sasterawan negara yang bisa berkata2.  Alhamdulillah skrg penulis sudah berjaya menjadi seorang Doktor Veterinar dan bekerja di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang.

Penulis bisa menceritakan liku2 dan ranjau dalam menempuh kerjaya ini tidak kira lah semasa masih dibangku sekolah atau pun semasa bekerja. Semua pengalaman manis dan pahit menjadikan kita kuat dan tabah menempuh dugaan yang mendatang.  Yang penting jangan putus asa, Rezeki hanya datang dari Allah yang maha esa.

Penulis terkesan dgn kata2 kawan penulis, "APAKAH KITA TAKUT MISKIN SEDANGKAN KITA HAMBA DARI YANG MAHA KAYA"

Renung2kan dan selamat beramal.

1 comment: