GROUPON

Monday, 22 February 2016

Kerjaya sebagai Doktor Perubatan Veterinar

Salam 1 Malaysia,

Memandangkan ni post pertama utk blog ni, jd kita chill2 lepak2 sket ye.. As vet pun tak da la kena serious sgt. hehe

Orait, as vet @ doktor veterinar, ramai yg masih belum tahu tentang kerjaya ini.  Bagi saya kerjaya ini mmg sgt2 luas.  Memandangkan kos ini mmg luas jadi, sebelum kita grad lagi selalunya dah ada pihak syarikat swasta dah ready2 berebut nk hire bdk2 vet ni.  Itu yg best tentang bidang Doktor Veterinar ni.

Jadi, pertama skali mari saya ceritakan tentang perjalanan yg harus di tempuhi oleh pelajar2 yang berminat untuk menceburi/berminat untuk kerjaya sebagai Doktor Veterinar ini.





 Diatas adalah carta alir yg menunjukkan perjalanan yg harus di tempuhi oleh pelajar2 yang berminat untuk menceburi bidang Doktor Veterinar ini.

First skali, tentulah kena bermula dari UPSR untuk menentukan sekolah yang bagus untuk ke tingkatan 1.  Jadi selepas itu haruslah belajar untuk score dalam PMR, selepas PMR lah kita akan pergi/pilih ke bidang pengkhususan. sebagai contoh, kalau sapa yg minat bidang sains, cikgu akan suruh amik subjek sains (eg Biology, Kimia, Fizik), dan kalau minat ke bidang agama, cikgu akan suruh amik (eg Al-Quran Sunnah, Bahasa arab Tinggi etc), dan kalau minat dalam bidang perakaunan cikgu akan suruh pilih bidang akaun (eg Prinsip akaun, ekonomi asas etc).

Jadi selepas itu baru akan ke SPM. SPM ni adalah titik permulaan anda untuk buktikan yang anda memilih bidang yang betul. Nasihat saya pada semua supaya belajar betul2 dalam SPM ini.
Berbalik kita pada bidang vet ni, jadi nk jadi doktor veterinar, kena lah score A dalam subjek sains, cth BIOLOGY A, KIMIA A, FIZIK A.. MMg cerah dah masa depan anda dalam menceburi bidang vet ni.. Belajar btol2 dik, jgn la 'berjimba2' , 'khayal dgn cinta' , 'honeymoon' sebab masa ini yang sangat penting untuk kerjaya adik2 pada masa hadapan.

Jadi, selepas SPM, jika result adik cemerlang.
adik2 ada 4 jalan untuk memilih jalan untuk jd Doktor Veterinar:

1. melalui STPM : okay, kalau nk masuk STP pun boleh, tp adik2 kena amik bidang sains jgk la, waktu kat stp ni adik2 kena study betul2 subjek sains, dan score . Alaaaa, belajar kat mana pun kena score jgk ye dak.. sbb org akan nilai adik2 berdasarkan keputusan adik2.. org takkan nilai adik berdasarkan bapa lama adik baca buku, sampai kul bapa adik study kan.. CUMA, kekurangan dia adalah amik masa panjang sikit al 2 tahun untuk habiskan STPM ini.

2. melalui MATRIKULASI: Okay, matrikulasi ni sebernarnya adalah jalan paling pintas utk menceburi bidang Doktor Veterinar. Maksud saya adalah, ini adalah jalan 'shortcut' utk adik2 nk masuk bidnag Doktor Veterinar ini. Tapi adik2 kena score betol2 dalam Matrikulasi ni jika berhasrat utk ceburi bidang vet ni. Mcm biasa, subjek Biology adik2 kena score A dan juga KIMIA A.

3. melalui PROGRAM ASASI : Okay, program asasi adalah salah satu jalan utk kita mnjadi Doktor Veterinar.  Program asasi ini adalah satu program yang tough/ agak sukar kerana jadual pembelajarannya yang padat. jadi kena struggle sikit. Jangan risau, belajar kat mana2 pn mmg kena struggle kan, ye lah nk jadi doktor kan, takkan la senang mcm kacang, ye dakkk? hehe

4. melalui DIPLOMA: Okay, kos Diploma Kesihatan Haiwan & Penternakan (DKHP) ini ditawarkan di UPM cawangan Bintulu, Sarawak. Jadi, kat sini adik2 kena belajar btol2 untuk score pointer yg bagus untuk sambung ke Ijazah Doktor Perubatan Veterinar nnt.  CUMA, kekurangan nya lambat sikit la sbb adik2 kena habeskan masa 3 tahun di sini, tp tetap ada kebaikan iaitu adik dah berjaya genggam segulung diploma, jika adik tak da rezeki nk sambung pun, atleast adik boleh mintak kerja guna diploma adik2.  dan kebaikan satu lagi, ini adalah jalan selamat, maksud saya biar lambat, asalakan selamat sampai ke cita2 yang kita tujui. 

Dan last sekali sampai la ke bidang IJAZAH PERUBATAN VETERINAR dan keluar grad nnt akan jd seorang DOKTOR VETERINAR / VETERINARIAN.  Dari 3 laluan selepas SPM itu, adik2 boleh memohon di UPU utk ambil kos ini.
Bercerita tentang kos ini, di MALAYSIA setakat ini (2016) , hanya terdapat 2 UNIVERSITI yang tawarkan IJAZAH PERUBATAN VETERINAR ini, iaitu:

1. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) 
2. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Hanya dua universiti ini sahaja yang menawarkan ijazah ini. DAN TIADA UNIVERSITI SWASTA yang menawarkan ijazah ini. Itu yang menariknya. Jadi utk lain post saya akan berceritakn tentang keunikan kos ini, dan masa hadapan kos ini. Jumpa lagi, no hate, just love mmmmuuuaaahhh ( bajet neldya sensenrose kikiki. Assalamualaikum..

Yang Benar lagi Tulus, 
DR. VET ANDA

183 comments:

  1. Terima kasih dr atas perkongsian :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 adik Hakim.. Boleh follow dan inform rakan2 yang berminat tentang kerjaya ini..

      Semoga bermanfaat..

      Delete
  2. Terima kasih dr atas perkongsian :D

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum .. saya nak bertanya .. saya lepasan diploma teknologi industri di universiti selangor .. Tetapi saya masih tak boleh nak melupakan cita2 saya sebagai veterinar .. Kalau saya nak sambung degree dalam bidang ini dan mengambil asasi terlebih dahulu .. Agak2 layak atau tidak ye .. terima kasih .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, minta maaf terlambat balas komen Miss Fara..
      Ya, anda masih layak Miss Fara..
      Sesungguhnya rezeki Allah tu luas, anda boleh mohon utk ke asasi dahulu dan skor pointer tggi utk sambung ke Ijazah Perubatan Veterinar ini..
      Dr. maksudkan tggi tu bkn apa, persaingan skrg ni ramai yg berlumba2 nak masuk Kos Emas ni, jadi jika pointer adik tggi, senyum je la nk masuk kos ni sbb keutamaan utk pelajar cemerlang.
      Tapi jangan kecewa jika pointer rendah, adik boleh mohon utk rayuan lagi, handak seribu daya, taknk seribu dalih.. Go go go dik!!

      Delete
    2. Hahahaha . Terima kasih atas semangat dan nasihat Dr . Macho . Doakan saya berjaya ceburi dalam bidang veterinar . Rasa bersemangat pula . :)

      Delete
    3. InsyaAllah adik, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan

      Delete
  4. salam doktor, ada tak diploma selain Kesihatan Haiwan & Penternakan (DKHP) yang membolehkan kita sambung ijazah perubatan veterinar dan universiti yang menawarkan kos diploma tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..
      Ya, ada diploma lain yg boleh diserap masuk ke dalam kos Perubatan Veterinar ini seperti diploma perladangan, diploma pertanian, diploma yg berkaitan dengan subjek sains, anda masih layak utk MEMOHON MENGIKUTI IJAZAH INI.

      Tetapi menjadi kelebihan kepada pemegang diploma kesihatan haiwan dan penternakan (DKHP), itu saja.

      Dan, kena ingat, syarat skrg ini semakin ketat dengan peraturan baru iaitu mesti lulus TEMUDUGA dan MUET sekurang2nya BAND 3. Adik boleh ke link dibawah utk maklumat lanjut berkaitan Syarat mengikuti ijazah ini di UPM dan UMK.

      UPM: http://www.vet.upm.edu.my/prasiswazahsyaratkemasukan

      UMK: http://www.umk.edu.my/index.php/my/prasiswazah/pelajar-tempatan/syarat-kemasukan

      Delete
  5. Hello doc , saya pelajar diploma mikrobiologi dari UiTM dan berminat nak sambung vet. Apakah minimum requirement program ini? Ada interview ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hELLO fREEZO!
      Tahniah utk Diploma Mikrobiology anda.
      Ya, anda layak utk memohon utk kursus vet ini, tetapi harus diingat, anda mestilah membawa pointer yg tggi (seeloknya >3.50 keatas) utk mengikuti kursus ini dan MUET sekurang2nya BAND 3.
      Persaingan yg tggi dari kursus diploma yg lain dan pelajar dari STPM/asasi, jadi adik harus menunjukkan minat yg mendalam semasa interview jika berjaya.
      Setakat yg Doc tahu, sekarang hanya UMK sahaja yg membuat interview bagi pengambilan baharu. UPM mungkin belum lagi.
      Jika ada tak faham boleh tanya lagi.

      Delete
  6. Assalamualaikum doc, saya student diploma science.. ada harapan tak utk saya mintak kursus vet ni? kalau nk mohon dia mcm mana ye? psl interview pulak, kita mohon then mmg dpt utk interview atau sbelum interview tu ditapis dulu ikut kelayakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik aina,
      Ya, ada harapan utk student diploma science, adik masih di landasan yang betul.
      So, cara nk mohon vet, mcm biasa adik mohon mengikut permohonan UPU dgn mengisi 8 jenis kos-kos dan pastikan Ijazah Perubatan Veterinar adalah num 1 dan 2,
      ATAUPUN adik boleh direct hantar permohonan by hand, maksudnya adik sendiri pergi ke fakulti dan serahkan permohonan kepada pihak fakulti. (Cara ni lebih ekstrem sket la sbb tak mengikut procedure tapi sangat berguna). hehe
      Pasal interview, ya mmg akan ditapis dahulu mengikut kelayakan,
      lepas dah disenarai pendek baru pggl interview. Jgn risau ttg interview, yg penting adik cuba dahulu utk apply, rezeki tak sapa tahu dik..
      Go go go..

      Delete
    2. woahh.. hntr terus permohonan ke fakulti pon boleh ye? 1st time dgr. Insya Allah saya akan usahakan diploma saya utk dpt pointer tggi.. thanks dr. macho ;)

      Delete
    3. Haaaaaaaaaa... Harus diingat dik aina, hantar terus permohonan ke fakulti tu adalah CARA TERAKHIR yg Dr sendiri buat sbb Dr dpt kos lelong selepas Matrik. Kalau nk cerita nnt panjang ceritanya.
      Jadi, bila Dr tak dpt kos yg Dr minta kat UPU even tgk result mmg layak, so Dr mula memohon secara face to face which Dr sendiri yg pergi ke fakulti utk mohon..
      DENGAN HARAPAN org yg dpt kos tu MENOLAK dan pergi ke kos lain, so peluang utk Dr terbuka utk masuk melalui kaedah rayuan.

      Satu je pesanan Dr dik, Hendak seribu daya, tak nk seribu dalih.
      So sapa yg baca komen ni mungkin akan dpt inspirasi dan cerita unik dari Dr yg org len tak tahu.. hehe..
      Good luck dik, jgn lupa bgtau Dr nnt ye.. Dr tggu ni.. Belajar baik2

      Delete
    4. Salam adik, boleh baca di blog ni utk tips interview Dr tulis..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/05/faq-tips-untuk-interview-ijazah-doktor.html

      Delete
  7. As salam .. klau time spm hanya dpt b+ untk bio kimia dan fizik msih brpeluang ke untk vet jika matrik cemerlang ? Kerjaya vet ni meluas ke ? Akan kerja di zoo or klinik je ke ? Peluang kerja ada lgi ke untk 10 thun akan dtg ? Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ya, anda masih berpeluang utk menjadi seorang Vet walaupun semasa SPM anda hanya dapat B+ dan anda cemerlang di Matrik.
      Kalau nk ceritakan kehidupan di Matrik mmg berbeza dik, ada yg dtg matrik bawak keputusan 9A tp pulang hanya bawak pointer bawah 3.00.
      Dan ada jugak yg dtg matrik hanya 4A tetapi bawak keputusan 4.00 flat kat Matrik, ada banyak kisah di sana. Tak boleh banding keputusan SPM kat Matrik, kena mula kosong-kosong semula.

      Kerjaya Vet ini sangat meluas dik. sangat2 luas, tidak hanya akan tertumpu hanya di Zoo sahaja. Adik boleh clik di pautan link di bawah ni utk tgk sendiri kerjaya vet ni boleh kerja di mana, lebih dari 10 tempat dik..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/pilihan-kerjaya-dalam-bidang-doktor.html

      kat link ni adik boleh tgk mcm2 kerja bkn hanya sekadar di zoo dan klinik sahaja, more than that you can deserved.
      Untuk peluang pekerjaan, saya boleh katakan industri ini semakin berkembang dari semasa ke semasa, jadi jangan bimbang, stakat ni classmate Dr. tak da lagi yg menganggur, dan yg paling best tak habis belajar lg, byk company yg offer utk kerja dgn mereka.. seronok kan kerja cari kita, bkn kita cari kerja.. hehe

      Delete
    2. Ohh this give me hope :) thanks again .. may Allah bless u

      Delete
  8. assalamualaikum, saya lepasan matrikulasi dan masih tunggu result. saya nak tanya, masa upu fasa 1 , saya letak vet pilihan ke 4 dan saya nak tukar ke pilihan no 2 bila fasa 2 upu nanti. saya masih berpeluang tak utk dpt course ni kalau tak letak sbg pilihan yg pertama? risau pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum adik Najiha,
      Semasa fasa 1 adik letak vet no 4, dan fasa 2 adik letak vet num 2..
      Jadi, berdasarkan pertanyaan adik, Dr tak boleh nk menjamin, kerana mereka (UPU) memberi tawaran kepada adik2 dan pelajar lain mengikut pilihan pertama (Priority) dan melihat kepada keputusan semasa di Matrik juga.
      Maksud Dr adalah, pilihan pertama adalah pilihan yg paling2 utama dan dituruti pilihan kedua dan seterusnya.
      Dan juga mereka akan melihat kepada pointer semasa di Matrik.
      Boleh Dr bertanya, Universiti Vet mana yg adik letak dan pilihan pertama adik apa?
      Dr, berharap agar adik dpt kos ini dan Dr boleh guide adik nnt. Khabarkan berita gembira ya.
      Assalamualaikum..

      Delete
  9. Assalamualaikum,Dr,sy tgh pening nak pergi ke matrikulasi or asasi..sy dpt asasi sains pertanian di UPM..which one is better?sy minat dgn bidang zoology/vet..hrap-2 Dr dpt membantu..dan brapa pointer yg prlu sy capai untuk ambil course zoology/vet ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam dik,
      Okay bagus dah adik sbb dpt tawaran di antara asasi dan matrikulasi.
      Both ada kelebihan dn kesusahan masing2.. Belajar mana tak payah kan dik, mesti payah, kalau tak dah ramai jadi doktor kan hehe.. (just nk bagi semangat)..
      Okay sbb Dr dlu masuk matrik, so bg Dr Matrik ni agak tough sbb dalam masa satu tahun adik kena hadap mcm2, tapi tak mustahil dik.. mcm Dr ckp, susah2 pn ramai je yg lepas dpt pointer bagus kan.. So tiada istilah susah dlm belajar, cuma ada istilah jgn putus asa, itu saja. So matrik ni okay adik, cuma kena rajin dan tekun, tiada masa bercinta, insyaAllah adik boleh lepas punya.
      Utk asasi sains pertanian UPM, ya asasi ni sbnarnya tidak khususkn sesuatu lagi, maksudnya lepas asasi masih besar bidang yg masing boleh diceburi, cuma kalau asasi sains pertanian ni maybe more on pertanian which Dr also not so sure, but still can apply for vet. For which one is better, I can't answer that question, but for me Matrikulasi is the one. BUT, BOTH KENA SCORE POINTER BAGUS.

      So kalau bab pointer ni la yg mencabar sikit ni dik, selalunya kos veterinar ni mmg agak tggi kelayakannya, dan selalunya above >3.85 dan keatas. Yes, mmg tggi tapi adik boleh cuba mohon jika kurang sedikit dari pointer tu..

      Usaha dahulu, buat yg terbaik dan tawakal.. InsyaAllah..
      P/s: nnt dh dpt pointer bgtau Dr, mana tau Dr boleh membantu.. Okay Semoga semuanya selamat

      Delete
  10. Assalamualaikum Dr,waktu interview penemuduga akan tanya soalan dlm bentuk macam mana ye selain soalan pengetahuan am

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam dik,

      Okay tips ehhh.. Kalau selalunya utk iv ni, first sekali mereka akan bagi markah mengikut penampilan dan perwatakan kita.
      Maksud Dr. adalah, first penampilan ni seeloknya pakai baju yg formal, sopan dan kemas, seeloknya baju kurung pun dah okay. sbb kat situ pn ada markah dah tu.. Nmpak mcm simple tapi penting tu.. Kalau laki pakai baju kemeja la dan kasut hitam kalau boleh dan jgn sesekali pakai seluar jean, biar la nmpak skema sikit pun.. Kalau nk makeup lagi bagus hahaha (gurau)..
      Okay so dari segi perwatakan pulak, kita kena tunjuk minat yg sgt mendalam terhadap haiwan ni, kalau boleh ckp je kat rumah mmg bela kucing, so dari situ timbul minat utk jd Doktor haiwan yg boleh rawat dan jaga haiwan kesayangan kita sendiri..
      So selepas minat, pastikan menjawab setiap soalan yg ditanya. Penting tu.. setiap soalan yg kita jawab tu pun kita kena yakin. Selalunya diorg akan duga soalan2 yg pelik2 dan susah, saja diorg nk test samada kita ni mcm mana.. CTH soalan kn cmni,
      Okay adik, adik tak geli ke nnt kena tido dalam bangsal lembu?
      Adik tahan tak kalau kena pergi ladang sampai malam?
      Adik geli tak kalau kena pegang babi utk rawatan?

      Haaaaaa, soalan lebih kurang cmtu la.. mungkin ada yg lebih mencabar, so be prepare.. Kalau bagi Dr, duga la soalan susah cmna pun, jawapan yg utama Dr akan jawab dlu adalah YA, saya boleh.. Biar la kadang2 alasan tu tak masuk akal pun hahaha..

      So tu sedikit sebanyak la tips utk adik..

      Delete
    2. Salam adik, boleh baca di blog ni utk tips interview Dr tulis..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/05/faq-tips-untuk-interview-ijazah-doktor.html

      Delete
    3. Tq doc.Sgt membantu tips ni

      Delete
  11. assalam doc, nak tanya ni. saya lepasan matriks pointer sem satu 3.51, spm bio dan chemistry dpt C+ , fasa 2 upu nnti nak mohon veterinary dkt upm, peluang cerah x doc? :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam dik,
      Pointer 3.51 dah bagus dik utk sem satu, dan adik kena struggle btol-btol utk sem 2..
      utk suggestion Dr, boleh nk mohon utk Vet UPM, TETAPI persaingan agak tggi dan ketat sikit sbb kelayakan disana tggi, above >3.90 dan keatas, chances ada tetapi agak tggi,
      Suggestion doc boleh jgk apply VET UMK, pastikan pilhan pertama tu utk kos yg betol2 kita nak, pihak Universiti jgk amik kira pilihan ke berapa kita punya kos tu.. Diorg akan utamakan pilihan pertama kita.
      Saya tak boleh jamin peluang cerah, tapi peluang masih ada dan terbuka.. InsyaAllah ada rezeki adik boleh.. Apa2, bgtau doc ya..

      Delete
    2. result sem 2 akan keluar bulan 2. course vet umk ada temuduga doc, masa fasa 1 upu sy tkda pilih vet umk, jd nnti masa fasa 2 upu masih boleh pilih vet umk sbg pilihan prtma x doc? sbb ada interview tu tkt x dpt

      Delete
    3. maaf maksud sy result keluar bulan dpn hehe

      Delete
    4. Pengalaman Dr la kan, masa isi pilihan di UPU , selalunya adik ada 2 kali chances lagi utk buat semakan, maksudnya masih boleh tukar lagi kos apa yg perlu diisi, so pada Dr tak da masalah utk isi semula.
      Ya, kalau nk cantik, buh utk pilihan pertama sbagai pilihan baru menjadi keutamaan..
      Dik, tak da masalah ttg interview, mereka hanya nk tgk tentang minat adik utk kos ni je.. so adik kena tunjuk minat sahaja.. Jgn risau ttg interview, nnt nk apply kerja pn ada interview, tak boleh lari mana, so better amik pengalaman muda2 ni.. itu pendapat Dr la kn..
      Dan Dr ada tulis tips utk interview, boleh tgk ni link kat bawah ni ya.. Good luck dik..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/05/faq-tips-untuk-interview-ijazah-doktor.html

      Delete
    5. sy risau pasal interview tu sebab takut tkda panggilan temuduga kedua. kiranya memang masih ada panggilan temuduga lh lepas upu fasa 2 tu? apa2 pun terima kasih doc! sangat2 membantu :D

      Delete
    6. Panggilan temuduga akan dipanggil sebelum result UPU keluar,
      Maksudnya sebelum UPU tawarkan kos kpd adik, adik kena lepas sesi interview dlu..
      Jika dah lepas sesi interview, baru pihak Uni akan senarai pendek nama adik utk tawaran UPU..
      Jgn risau, kalau ada rezeki tak kemana dik..
      Doa juga tau.. Ameeeeennn

      Delete
    7. baik doc, terima kasih sekali lagi! sangat membantu :)

      Delete
  12. Assalam..terima kasih kpd yg anon 17/5 8:37 yg brtanya ttg iv dan dr macho utk tips yg sgt brmanfaat. Alhamdulillah saya dpt iv utk program doktor perubatan veterinar 3 jun ini. Doakan saya berjaya ya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah....aminn. tq dr.macho for the tips. Sgt2 membantu. Tarikh iv sya 21 mei.Doakan sya berjaya juga yaa��

      Delete
    2. Syukur Alhamdulillah kerana Dr dapat membantu adik2 sedikit sebanyak..
      Doakan Dr jgk ye nk timang anak sulung bila2 masa saja, dah cukup bulan hehehe..
      Saya juga doakan utk adik2 semoga dapat menjawab soalan interview dgn baik, confident yg paling penting dan tunjuk minat adik2 terhadap profession ini.. itu saja, penemuduga nk tgk minat kita sahaja sebenarnya, jika tiada minat dalam bidang ini, buat apa diserap masuk dalam kos ini kan.. hehe so tunjuk minat adik2 ya

      Delete
    3. Salam adik, boleh baca di blog ni utk tips interview Dr tulis..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/05/faq-tips-untuk-interview-ijazah-doktor.html

      Delete
    4. Thanks Dr.Macho...insyaAllah moga dipermudahkan segalanya wktu kelahiran nnt..aminn. Dah skodeng entri tuu, mmg sgt2 membantu. Hilang sikit gerun.hehe...Tq so much doc

      Delete
    5. Welcome2.. hehehe..Thanks by the way for the wish..

      Delete
  13. assalamualaikum dr. ! sgt2 mbntu blog dr ni !!!! alhmdullh i am one of mrsm student n also spm cnddte fr ths yr n saya sgt brminat nk jd vet surgeon ! :D ktorg ada task utk folio krjya n sgt keliru cri bhan dri blog lain . sbb blog yg sya cari x mcm apa yg sya nk tahu. mujur jumpa cmmnt dr dri blog yg lg satu .. (dari blog org lain hehe) thnkyou dr ! result spm dr. duluu berapa ? hehehe . nk jdkn catatan n sumber inspirasi .. andd brapa min A yg prlu saya dpt untuk sng mohon course ni d U nnt ? sbb bio n kmia n physics msti A kn ? dr. ada smbung pelajaran dkat mana2 abroad univrsty x yg twrkn course ni lpas bljr d local unvrsty ? actually, sya baru explore tntg veterinar ni sbb sya baru shja dpt cita2 sya sya yg slma ini sntiasa brbolak balik haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Adik Izzah, Terima kasih kerana mengunjungi blog Dr.
      Adik boleh kongsi nama blog ni kat semua org seluruh dunia so that mereka akan tahu apa itu dunia Veterinar ini..

      Dr jawab soalan adik satu persatu ya.
      Yes, you're SPM candidate for this year, Dr doakan yg terbaik utk adik IZzah kejar cita2 sebagai Dr Veterinar..
      Yes, good to be a Vet surgeon.
      Result SPM Dr? hahaha too privacy maybe boleh personal message haha.. Dr result okay2 je dik, tp yg penting semua subject mesti kredit, tiada gagal.. Im sure you can do it.

      Haaaaaa... Adik cuba rujuk kat gambar di atas tu semula, selepas SPM, adik tak boleh terus apply course ni, adik mesti singgah di antara 4 tempat (STPM/MATRIK/ASASI/DIPLOMA) ini dahulu sebelum adik boleh apply utk Degree ni di Universiti. Bercerita ttg berapa A ni dik, SPM mmg seharusnya adik kena score seberapa byk A yg mungkin, sbb utk apply course ni, bkn jumlah A yg diperlukan, tetapi result POINTER yg diperlukan. POINTER adik di 4 tempat ini mesti bagus.
      max pointer adalah 4.00 flat..
      So minimum utk apply course ni adalah atleast >3.80 above sbb competition sgt tinggi skrg ini.

      Pastikan subjek Bio dan Kimia adik bagus utk ambil course ni..
      Setakat ni, Dr tak bercadang utk sambung pelajaran ke abroad, tetapi peluang utk mohon ke luar negara masih ada jika berusaha.
      Ada beribu Vet school di luar sana dik, yg paling glamour di dunia dgn fasiliti yg lengkap adalah di ROYAL VETERINARY COLLEGE di UK.. Hebat sape dpt pergi sane dik.. impian..

      Owh yeke, dik tahu blog Dr dari blog mana?

      Good luck dik.. ada soalan tnya sahaja, insyaAllah Dr akan reply

      Delete
    2. tough nyaa qualification ... insyallah saya usaha :) x igt blog yg mna satu tp blog tu tntg veterinar juga n dr mnta kerjasama mcm tu la haha . besttt nyaa .. sya doakan yg terbaik untuk dr :) and congrates untuk anak sulung dr ! dr ada isteri yg comelll !! btw thnkyou sgt respond sgt membantu klau ada soalan lg in the future sya tanya i.allah

      Delete
    3. Dr. saya xda soalan tp klau sya nk interview dr blh x ? actually bnda ni tugasan hehe . sya ada try call jbtn vet dkt sni nk buat intrview tp dua2 dr. x mngangkt n dr. vet d sni x byk mcm dkat semenanjung . Dkat tempat saya ni xda dr. vet melayu . mgkn ada tp sikit kot . x biasa n agak kekok sbb sya msti jmpa drg personal bru dpt interview . blh x sya interview dr. ? tugasan ni x prlu tndtgn pn . bbrapa soalan sj hehe

      Delete
    4. Boleh adik Izzah.. Tanya je soalan, nnt doc free doc akan jawab hehe

      Delete
    5. JAWATAN YANG DISANDANG:
      NAMA SYARIKAT / INSTITUSI (BERTUGAS):
      LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :
      FAKTOR YANG MENDORONG DR MEMILIH KERJAYA INI :
      IDOLA DAN PERANGSANG KEJAYAAN :
      APAKAH YANG DILAKUKAN UNTUK MENGEKALKAN MOTIVASI DIRI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT :
      KELULUSAN/ PERSEDIAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMASUKI BIDANG YANG DR. CEBURI :
      BIDANG TUGAS DR :
      APAKAH CABARAN BEKERJA :
      BAGAIMANAKAH KERJAYA INI MEMBERI KESAN KEPADA HIDUP DR. :
      CERITAKAN PENGALAMAN MENARIK/ MENYENANGKAN HATI DR SEPANJANG BERTUGAS SEBAGAI DR.____ ? :
      PENGALAMAN YANG MENYEDIHKAN :
      PENGALAMAN DR DI AWAL PERKHIDMATAN DAN PERSEDIAAN YANG DR RASA PERLU DITINGKATKAN :
      ANGGARAN KASAR PENDAPATAN BULANAN DR :
      PEKERJAAN LAIN YANG SESUAI DENGAN KEMAHIRAN YANG SAMA :
      NASIHAT DR. KEPADA SAYA :






      HEHE .. Maaf dr. agak byk sikit . reply dr. yg sterusnya nya sya akn screenshot sbgai bukti laporan saya nnti sbb sya bkn interview dr. scra life so.. hehe . terima kasih dr. d harapkan dpt beri kerjasama .. hehehehe

      Delete
    6. boleh minta alamat email tak.. Nanti Dr emailkan kat adik

      Delete
    7. Dr dah email kan jawapan kat email adik.
      Good luck ya!

      Delete
    8. terima kasihhhhh dr. krna sudi interview !:D

      Delete
  14. Dr. Saya nak tanya.. Mcm mana kalau nk buat DVM kat oversea mcm di RVC? Kena ambik A level ke? Boleh perjelaskan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye adik Murni,
      Boleh, tetapi procedure utk belajar disana agak susah.
      First, faktor kewangan.. Jika ingin buat PHD di oversea pun, kita kena apply for sponsorship.. Itu pun agak rumit.. Apatah lagi utk apply sponsorship/biasiswa utk belajar disana dlm ijazah ini mmg semestinya lagi susah..
      MELAINKAN adik ada kewangan yg kukuh, dan guna duit sendiri utk belajar di sana.

      Faktor kewangan sudah memenatkan, ditambah faktor kedua, adik akan perlu mengambil banyak ujian seperti TOEFL (Test Of English as a Foreign Language) atau IELTS (International English Language Testing System). Utk pengetahuan adik, test ini amatlah susah.. (Bkn nk patahkan semangat adik) huhu..

      dan nk apply utk program Vet disana juga memakan masa yg lama.

      Pada pendapat doc, yes adik boleh sambung belajar di oversea BUT not utk IJAZAH, tetapi pergi la belajar utk sambung MASTER or PHD so takde la org buli nnt kat sana hehe.. Atleast ada ilmu di dada tentang bidang ini..

      Delete
    2. Terima kasih Dr. Jadi sekarang saya perlu proceed dgn buat DVM di UPM lah kan? Kemudian selepas itu barulah saya boleh fikirkan utk sambung di RVC. Begitu?

      Delete
    3. Terima kasih Dr. Jadi sekarang saya perlu proceed dgn buat DVM di UPM lah kan? Kemudian selepas itu barulah saya boleh fikirkan utk sambung di RVC. Begitu?

      Delete
    4. Ya, tepat sekali.. cadangan doc, adik dapatkan DVM dulu di dalam negara, then dah ada title Dr. kat depan nama, baru la best sikit nk pi ke oversea sambung Master or pHD kn..
      Good luck ya adik..

      Delete
  15. salam alayk doktor. saya nak tanya. kalau dari diploma sains nak sambung degree in vet takleh ke? T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.. Boleh adik..
      Tetapi harus diingat persaingan agak tinggi buat masa skrg ini, jadi adik kena score pointer yg baik utk apply degree in Vet ini..
      Good luck, you can do it adik.. Tiada yg mustahil..

      Delete
  16. Hi Doc,
    Nak tanya skit, minimum pointer untuk kelayakan khas bagi course vet. di UPM adalah 3.50(Bagi lepasan matrikulasi).Kalau pointer saya hanya 3.62 dan bio dan kimia saya A untuk SPM dan matrikulasi, adakah pelajar yang memperolehi 4.00 semasa matriks diutamakan?Adakah sya mempunyai peluang untuk dapat course tersebut?Upu saya letak course vet. di No. 3 sebab No.1 dan No. 2 dua dua gagal interview.Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi adik..
      Pointer adik 3.62 sudah cukup baik utk di Matrikulasi, adik sudah layak dari segi kelayakan utk memohon kos vet ini, CUMA disebabkan persaingan pada masa skrg yang terlalu tinggi MUNGKIN menyebabkan keutamaan diberikan kepada pointer yang lebih tinggi dahulu..
      Selalunya, jika adik mahukan satu2 kos itu, pilihan no. 1 di dalam UPU amat penting kerana mereka melihat pilihan pertama adalah kos kegemaran adik2, dan pihak universiti juga akan melihat senarai pilihan adik utk masuk dalam universiti mereka..

      Sbgai cth Dr bagi: student A dan Student B..
      Kedua2 student ini A & B memilih kos yang sama dgn pointer yg sama.
      Tetapi, student A meletakkan pilihan kos no. 9 dan student B meletakkan pilihan kos no. 1.
      Jadi, sudah tentu pihak universiti akan memilih student B yang meletakkan pilihan kos mereka di pilihan pertama berbanding student A yang meletakkan pilihan ke sembilan.
      Itu sahaja.

      Utk kes adik, dont worry, adik boleh cuba buat rayuan jika gagal.. Dr boleh tlg jika perlu

      Delete
  17. Assalamualaikum Dr. Saya spm candidate for this year. Saya nk tny, boleh tak saya ceburi bidang ni tanpa subj bio dlm spm? Saya pure science cuma tak belajar bio tapi belajar sains pertanian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Jawapan sejujurnya utk soalan adik adalah tidak boleh. Subjek Biology adalah subject utama yang dilihat dalam keperluan kos ini..
      Jadi jika tiada subjek Biology tidak dapat nk menolong.

      Delete
  18. Assalamualaikum Dr. Saya nak tanya. Kalau graduan jurusan Zoology masih boleh kerja as vet/vet assistant ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik,

      Graduan Jurusan zoology tidak boleh bekerja sebagai Vet. kerana kerjaya vet ini hendaklah seorang pemegang Ijazah Doktor Perubatan Veterinar.
      SO, kena jd Doktor Veterinar dulu baru boleh kerja as a Vet.
      Tetapi kerjaya zoology masih boleh bekerja sebagai Vet Assistant.
      Terima Kasih ya..

      Delete
  19. Assalamualaikum Dr.
    Saya 1st year student umk. Saya ambil kos sains gunaan sains peternakan. Masihkah ada peluang saya untuk menukar ke kos veterinar kalau saya nak tukar kos masa tahun 2 nanti ? Dr rasa rugi tak kalau saya tukar kos masa saya dah tahun 2 dan kalau saya tukar adakah saya boleh terus masuk (tahun 2) ke kos vet ? atau saya perlu start balik ke tahun satu ?

    Saya harap doktor dapat berikan saya pencerahan.
    Terima kasih Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik,

      Utk soalan pertama adik, "Masihkah ada peluang saya untuk menukar ke kos veterinar kalau saya nak tukar kos masa tahun 2 nanti ?"

      Saya tak pasti bagaimana prosedur dari pihak universiti jika seseorang pelajar nk tukar kos dlm sesebuah universiti. Jika boleh cuba, adik boleh cuba utk tukar kos kepada bidang ini, TETAPI harus diingat mungkin pihak Fakulti Perubatan Veterinar akan melihat juga requirement yg diperlukan utk masuk dalam kos ini iaitu sekurang-kurangnya pointer >3.80 keatas dan MuET sekurang2nya band 3.

      Soalan kedua, "Dr rasa rugi tak kalau saya tukar kos masa saya dah tahun 2 dan kalau saya tukar adakah saya boleh terus masuk (tahun 2) ke kos vet?"
      Bagi Doc tak rugi sbb walaupun adik ambil masa lebih sedikit dari pelajar lain, tetapi adik akan dapat gelaran DR> dihadapan nama adik apabila habis belajar nnt.
      Jika adik di kos skrg, adik perlu sambung master dan PhD utk dapatkan title DR. didepan nama adik itu.. Tak jauh pun sekadar terlepas setahun.. Ada org dah umur 30 tahun lebih pun masih baru masuk kos ini pun ada, semata2 nk jgk jd vet.. hehe
      Kalau adik dpt tukar kos, adik harus masuk ke tahun pertama semula kerana pembelajarannya lain.

      Sama-sama adik..

      Delete
    2. Terima kasih banyak-banyak doktor atas pencerahan yang diberikan. Saya akan buat yang terbaik. Doktor doakan saya agar saya ada peluang unutk menukar kos. Tapi Dr. saya cuma risau sekirannya saya dapat tukar ke kos ini akhirnya saya tidak mampu untuk membawanya. Boleh tak doktor berikan nasihat dan gambaran mengenai kos ini serta silibusnya? Sebab dalam kos saya ada juga belajar mengenai anatomi & fisiologi haiwan, subjek biochemistry, genetik serta animal breeding.

      Delete
    3. Gambaran tentang kos ini?

      Adik boleh bayang tak apa kerja yg selalu doktor buat?
      Tugas doktor adalah dgn merawat pesakit, dengan cara diagnose pesakit itu SAKIT apa, dan memberi ubat . Jadi, dalam bahagian nk diagnose penyakit ni la yg susah sebenarnya dimana kita nk tahu pesakit itu sakit apa..

      Byk sebab yg boleh buat benda hidup ni sakit, dan setiap haiwan lain2 sakitnya, bila nk tahu sakit apa, kena tahu anatomy haiwan yg byk dan specific, details lagi pembelajaran dia kalau nk di bandingkan dengan sains penternakan..
      Kos yg adik amik anatomy dan fisiology tu adalah basic dalam sains penternakan, adik akan belajar lebih details dalam subjek ni..

      Penyakit pulak mmg lain penyakit, lain cara merawatnya, ubat pulak setiap ubat lain kegunaannya, mmg sgt tough sebenarnya kos ini..

      Bkn nk menakutkan adik, tapi ni yg doc cerita secara peribadi, yela susah, sbb nk dpt gelaran Dr kan, takkan nk bagi saja2 je kan.. mesti la kena bekorbankan.. hehe..
      But dont worry, insyaAllah boleh..

      So good luck utk adik ya..

      Delete
  20. Assalamualaikum Dr. Sy bekas student asasi sains uitm. Pointer upu sy 3.78, math A, bio chem dan fiz A-. Peluang untuk sy dpt course veterinar pd 8 ogos ni cerah x Dr.? Lagi 2 hari je. Wish me luck Dr.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Adik,

      Maaf ya doc lambat reply komen adik..
      Keputusan adik dah terbaik, adik dah melepasi tahap kelayakan..
      Insyallah kalaua da rezeki adik, adik akan dapat..
      NNt dah keluar result boleh bgtau doc ya..

      Good luck !!

      Delete
    2. assalamualaikum, hai anisah akbar.. sy ada dpt iv DPV di umk.. bleh x sy nk iv awk psal iv veterinar.. sy hrap awk dpt mmbntu..

      Delete
    3. Tahniah adik2 semua..

      Boleh baca di sini tips2 nak interview ya..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/05/faq-tips-untuk-interview-ijazah-doktor.html

      Delete
  21. As salam Doc,,klau nk jadi doctor vet nih lebih sesuai ambik aliran apa ye?? Mohon penjelasan dari doc,,thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan lagi 1,, Agak² brp peratus kita boleh dpt keje sbgai doc vet lepas habis study kat U,,terima kasih..

      Delete
    2. salam adik..

      Aliran sains adalah aliran yg paling sesuai utk bidang Veterinar ini..
      Bidang sains haruslah meliputi subjek Biology, Kimia dan Fizik..

      Peratusan adalah tggi utk mendapat pekerjaan memandangkan kos ini meliputi banyak aspek.. adik boleh ke link dibawah ni utk tgk tentang kerjaya Doktor Veterinar ini..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/pilihan-kerjaya-dalam-bidang-doktor.html

      Delete
  22. Assalamualaikum doc..saya minat sngat kos vet ni..time isi upu dulu sya letak kos vet ni no 1..sebab lepas syarat klayakan..tapi lepas tu sya dpat uitm..tapi sya nk cuba juga mintak kos ni kut2 ada kekosongan..adakah saya perlu call pihak upm atau umk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik,

      Kalau dari segi kelayakan, adik dah lepas.
      Setahu doc, jika sesebuah Universiti dah memberi tawaran kepada adik, secara tak langsung adik dah dibawah naungan uitm..
      Dan Jika niat adik nk mintak kos ni di UPM/UMK, mungkin akan menimbulkan masalah KECUALI adik ada 'cable-cable" yg boleh bawak adik masuk ke kos ni..

      Apa2 pun adik boleh call dahulu pihak fakulti di uni tersebut utk bertanyakan hasrat adik, mungkin mereka boleh membantu..

      Delete
  23. Hello doc, saya pelajar lepasan matrikulasi dan saya bakal mendaftar sebagai pelajar uitm dlm kos kimia gunaan sbb first choice upu saya adalah kos vet tapi takda rezeki and pointer matrik saya dlm 3.58 je. Jadi kalau nk tukar ke kos vet di universiti lain, perlu ke saya habiskan sem 1 di uitm? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello adik..

      Kalau adik tanya doc dahulu, mesti doc akan nasihatkan adik utk apply UMK utk kos veterinar ini memandangkan persaingan agak tggi jika di UPM berbanding UMK..
      Tentang penukaran kos, doc tak berapa arif tentang isu ini, lebih baik adik berbincang dengan pihak universiti secara terus.. Kemungkinan adik akan dapat penerangan lebih jelas.
      Terima kasih adik.

      Delete
  24. Salam Dr. Saya student sains haiwan tahun 2. Semasa asasi saya memohon vet sebagai pilihan pertama. Namun tiada rezeki di situ dan saya belajar sains haiwan iaitu pilihan kedua saya UPU. Setelah setahun, saya cuba rayuan tukar course untuk ke vet dgn pointer 3.526 dan muet band 4, tetapi masih tidak berjaya, walaupun sudah berjumpa Dean fakulti vet. Sekarang, saya sudah tahun kedua sains haiwan dan masih menyimpan cita2 sebagai vet. Apakah nasihat Dr kepada saya, perlukah saya teruskan belajar sains haiwan atau cuba rayuan vet lagi? Thanks in advance Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh emailkan kpd doc di megawealthvet@gmail.com utk soalan ini.. So doc boleh jwb lebih privacy jika ada soalan lain.. thanks

      Delete
  25. assalam doc. sy da stdent dip electrical engineering. tapi berminat nk sambung degree utk vet.. how?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik,

      Sesiapa saja boleh sambung utk Degree in Doctor of Veterianry Medicine.. Cuma adik perlu memenuhi kriteria yg diperlukan.

      Apakah kriteria tersebut?
      adik perlu ada kos biology dan kimia..
      Jika adik pernah belajar utk subj biology dan adik pernah lulus peperiksaan subj biology ni, adik dikira layak.

      TETAPI, pada tafsiran doc, adik belajar dlm electrical engineering skrg. so subjek teras utk kos adik skrg adalah fizik. Jadi, agak lari dari bidang jugak la kalau adik nak switch into another field.
      BOLEH, cuma adik kena ada subjek biology dan kimia yg doc ckp diatas la.. kalau tak mmg tak boleh adik..

      Sbb subj biology menajdi subj asas dan teras/wajib ada utk apply kos doktor veterinar ini.

      Terima kasih

      Delete
  26. Salam doktor..Saya ada email doktor baru2 ni..Saya harap Dr dapat check dan membalas email saya.Kerana saya perlukan pendapat dan pandangan Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay baik, doc dah reply.. maaf sbb lambat, doc ada di sarawak utk hadir conference.
      Terima kasih

      Delete
  27. Salam doc...sya ada email doc...hrap doc dpt blas email sya...tq

    ReplyDelete
  28. Salam doc. Saya calon spm tahun ni. Saya nak tanya, antara matrik dan asasi mana lagi elok kalau nak sambung degree dalam veteriner? Pastu peluang pekerjaan untuk vet sekarang ni tinggi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam adik..

      Good luck utk SPM ya..
      Matrik dan asasi?
      kedua2 tempat ni ada perbezaan yg tersendiri dari segi pembelajaran dan sistem nya.
      Jadi doc tak dpt nk ckp yg mana lebih baik. TETAPI kedua2 tempat ini kalau adik score dgn pointer yg tggi, dua2 boleh masuk ke bidang veterinar ini.. Cuma kena study je..
      Tetapi dalam kelas doc dlu, lepasan matrikulasi lg ramai dari asasi.. hehe

      Peluang pekerjaan utk veterinar mmg byk adik.. jgn risau.. adik boleh ke link di bawah..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/pilihan-kerjaya-dalam-bidang-doktor.html

      Good luck ya!

      Delete
  29. @Dr.Macho
    Salam doc. Saya student diploma bioteknologi dari politeknik. Boleh ke saya berpeluang untuk menyambung degree saya dlm bidang doktor perubatan haiwan? Minta penjelasan. Tkasih doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik.. Boleh, tetapi harus diingat persaingan utk merebut tempat ke bidang ijazah ini sgt tinggi.. (persaingan sihat)..
      Jika berkaitan dgn persaingan ini, selalunya pihak universiti akan melihat kepada kelayakan, dan kemudian mereka akan melihat kepada pointer student berkenaan..

      Jadi jgn putus asa, cuma belajar dan score pointer yg tggi sahaja..

      Good luck adik!

      Delete
  30. Salam doc.saya nak tanya mengenai cara memohon dengan cara menghantar sendiri permohonan ke fakulti tersebut. Saya merupakan pelajar asasi tetapi bukan pasum atau palam maka saya tidak boleh membuat permohonan melalui upu . Bolehkah doc terangkan dgn lebih lanjut jika saya ingin memghantar permohonan terus ke fakulti ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik..

      sblum itu, maafkan saya kerana lambat reply, sgt sibuk..

      Berkaitan dgn soalan adik, sebelum pergi ke fakulti utk hantar, adik perlu sediakan semua dokumen yg diperlukan , adik boleh buka web universiti itu sendiri, dan lihat keperluan/requirement yg diperlukan..

      Jika adik layak dari semua syarat2 yg dinyatakan tersebut, adik boleh sediakan semua dokumen tersebut, dan tulis satu surat ringkas secara rasmi kepada dekan fakulti tersebut mengenai hasrat adik utk menyambung pelajaran dlm bidang tersbut..

      Kalau lebih baik, adik boleh call dahulu pejabat fakulti dan bertanya lanjut, mereka boleh menjawab segala persoalan..

      InsyaAllah.. Kalau ada rezeki bgtahu saya juga ya

      Delete
  31. Salam doc. Saya skrg tengah tunggu result SPM. saya minat nak jadi vet, tapi kadang2 rasa macam tak mampu nak belajar sbb mesti susah bidang ni kan? macam mana eh? :( lagi satu nak tanya, between asasi, diploma, matrik, ada ke yg lebih diutamakan utk sambung degree @ upm/umk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik,

      Satu je soalan doc, belajar mana yg tak susah dik?
      dulu time darjad satu dah pandai darab bahagi tak? Belum lagi kn?
      Haaaaaa, sama la dgn bidang ini.. Adik kena yakin dengan diri sendiri,
      Baru adik boleh kuat semangat nk belajar.. Susah mmg susah, tak dinafikan, tetapi ada je yg lepas dik, yela nk dapat gelaran Doctor, bkn senang2 je.. lain la kalau doktor beli .. opppsss hahaha..

      Dari segi keutamaan kepada universiti, universiti ni tak pilih pun sbnarnya student dari pelbagai institusi pelajaran , yg mereka tgk adalah result adik jugak.. Berapa pointer yg adik dpt.. berapa pointer.. itu ja yg penting..

      good luck adik ya

      Delete
  32. Salam Doc.. Best kan jadi vet? Saya dah lama bercita2 nak jdi vet.. Saya sekarang tgh tunggu result SPM.. Andai kata result SPM saya takde A langsung dan Bio Kimia saya tak skor, apa jalan terbaik bgi saya untuk jdi vet? Susah ke senang tu tak kisah sbb adat belajar la susah senang tu kan? Apa nasihat Doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik..

      Alhamdulillah setakat ni best jugak..
      Cmne, soalan SPM boleh jwb tak? hehe

      Jgn give up lagi dik, adik baru je lepas SPM, sepatutnya adik skrg tawakal dan doa byk2 kpd Allah.. Adik dah berusaha dulu, dah study kuat, jd skrg tawakal je.. itu je jalan terbaik, jgn expect mcm2..

      Jalan terbaik jika adik rasa berat, adik boleh sambung dlm bidang diploma dahulu, mungkin kurang sikit stress kalau nk banding matrikulasi dan asasi..

      adik boleh baca link kat bawah ni ya..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

      Delete
  33. Assalamualaikum Dr, saya sudah hantar email kpd doktor. Harap Dr sudi membacanya :)

    ReplyDelete
  34. Asslm Dr,
    Bagaimana dgn pelajar dari system IGCSE/O-Level? Adakah peluang utk melanjutkan degree in Vet di dua universiti ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik..
      Maaf lambat reply..
      Ya, boleh cuba apply..
      Tetapi jika nak apply menggunakan pilihan UPU doc tak pasti, sbb doc tak da kwn2 dari O-level ni..

      Delete
  35. Assalam doc, saya ada pertanyaan...jika seseorang itu mempunyai degree dlm bidang sains haiwan (zoology) boleh kah dia menyambung penajian dia utk master in veterinary medicine (upm) ? Jika boleh,adakah dia dikira sebagai doktor haiwan setelah tamat pengajian master ?
    Harap dr sudi menjawab persoalan saya,terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik..
      Adik dah ada degree in Zoology, dan adik boleh menyambung utk buat master.
      Cuma selepas habis belajar adik tetap dikira pemegang master utk bidang zoology..
      Adik tidak dikira sebagai doktor veterinar.
      Kerana seorang doktor Veterinar perlu mengambil ijazah Perubatan Veterinar dan mengangkat sumpah sbgai Doktor Veterinar di hadapan Malaysia Veterinary Council (MVC).
      Jika tidak jelas boleh tanya semula

      Delete
  36. Assalamualaikum dr. Saya merupakan pelajar asasi sains pertanian upm tahun 16/17. Sekarang dalam sem 3. Syarat kelayakan terbaru bagi kos veterinar di upm ialah 3.67 dan perlu menjalani temuduga. Saya predict average pointer saya untuk ketiga2 sem (sem 3 belum habis) ialah 3.7. Menurut dr layak ke saya memohon vet sbb saya mmg minat sangat kos ni tapi saya tak yakin dgn pointer saya. Saya juga difahamkan pelajar asper selalunya diberikan keutamaan tetapi persaingan dlm bidang ni sangat ramai. Kuota untuk pelajar asper juga terhad. Bagaimana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..
      Maaf lambat reply, doc bz..
      Okay, adik tgh belajar di asasi..
      Yes, adik boleh mohon utk kos Veterinar ni..
      Ya, tidak di nafikan sama sekali tentang persaingan. Persaingan utk kos ini mmg tggi..
      Adik perlu struggle dan kalau boleh dptkan pointer lebih lagi dari kelayakan, so that pesaing-pesaing lain akan duduk dibelakang adik..
      Kouta tentang pelajar Asper ni doc tak tahu la berapa fakulti nk ambil. Tetapi jika rezeki adik ada, InsyaAllah dpt tawaran nnt tu..
      Buat masa skrg adik kena study je..
      Okay good luck ya

      Delete
  37. Assalamualaikum doc, sye budak spm 2016 sekrang yg tgh tunggu result. Sye confuse mase nk isi upu. Sbb kalau nak jadi veterinar bidang mane ye yg perlu pilih, sbb dlm brg online upu. Dia suruh choose 3 pilihan bidang, dlm banyak2 bidang. Ade satu bidang PERTANIAN DAN HAIWAN/TERNAKAN. Itu ke yg kena pilih ? Please guide me doc. I don't know which one to choose. I'm so confused. My email : irazunairah@gmail.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik.. baik.. nnt doc email adik

      Delete
  38. Assalamualaikum...Dr sye pelajar sijil kemahiran malaysia tahap 1,2,3 bidang ruminan dekat institut veterinar malaysia..nak tanye boleh ke sambung belajar ambil DKHP lpas sijil kemahiran yg sya bljar ni..sy abis blan 12 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik,
      Ya, adik boleh mohon utk ke bidang diploma DKHP di Bintulu sarawak.
      Cuba apply ya..

      Delete
  39. Assalamualaikum doctor. Saya nak tau ada chance lagi ke bagi mereka yang tak ambil biologi semasa SPM untuk pursue ke institut veterinar. Kalau ada, boleh jelaskan steps yang boleh di ambil sebagai permulaan. Saya ambil kelas sains akaun semasa SPM, belajar semua subjek sains kecuali biologi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik,
      Owhhh.. agak rumit sebenarnya dik jika nk pursue study dlm bidang sains tanpa subjek teras iaitu BIOLOGY..
      Walaubagaimanapun, adik hubungi IVM (Institut Veterinar Malaysia) utk pertanyaan lebih lanjut ya..
      Adik boleh tanyakan ttg step yg perlu, dokumen apa yg perlu, dan apa2 lagi soalan yg berkaitan..
      Good luck ya..

      Delete
  40. doc,ape subjek yg akn dipelajari mase degree vet ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik..

      Banyak subjek yg kena belajar dlm masa 5 tahun di dlm ijazah perubatan veterinar ini.. Nak jadi doktor kan, mesti la kena byk benda kena tahu kan, baru org respect nnti..

      Adik boleh click dgn link dibawah ni.. utk tgk subjek2 yg perlu diambil nnt..

      http://fpv.umk.edu.my/en/undergraduate-dvm/

      Delete
  41. Assalamualaikum Dr. �� saya norlaila. Lepasan spm 2016. Saya sdng tunggu result yg akn kluar khamis ni. Saya brminat nak jdi dr veterinar. Tpi saya confuse. Dlm upu. Smue asasi sains n diploma sains. Adakah sye prlu ambil itu dulu n bile nak smbung lgi bru ke upm? Saya agak keliru part ni. Sya prlukn yg brpengalaman utk brtnykn dn menceritakn ape yg mngkonfiuskn saya. Trime ksih. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Ya adik.. adik perlu sambung ke peringkat asasi?matrikulasi dahulu.. ATAUPUN DIPLOMA, dan selepas itu baru adik boleh sambung ke bahagian ijazah.. Adik boleh rujuk artikel diatas yg mana doc dh terangkan perjalanan utk menjadi seorang doc haiwan.. Jadi adik boleh lihat dimana adik berada skrg, dan kemana adik perlu pergi utk ke ijazah perubatan veterinar ini..

      Faham kn? kalau tak faham boleh direct ke email saya..
      megawealthvet@gmail.com

      Delete
  42. Assalamualaikum, saya nak minta pendapat, untuk upu fasa 1, saya berhajat nak apply doktor veterinar, kalau based on syarat kelayakan di upu hanya perlukan keputusan di matrikulasi, and sem1 di matrkulasi, saya dapat 3.67. Keputusan spm saya tidak begitu baik kerana subjek sains saya C. Adakan peluang tu tipis untuk dipilih ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Ya, adik mmg dah layak, jgn risau, jika adik nk apply di UPU, result terkini (matrikulasi) akan diguna pakai utk mohon ke bidang ini..

      Result SPM tak begitu penting kerana adik akan mohon berdasarkan keputusan di Matrikulasi.. Jadi adik perlu pulu belajar utk skor di sem 2.. InsyaAllah adik boleh..

      Jgn difikirkan sgt dengan peluang, adik perlu belajar dan skor, kemudian baru adik bertawakal kerana adik dah berusaha.. InsyaALlah kalau rezeki adik utk jadi seorang Doktor Veterinar, insyaAllah..

      Good luck ya dik, doc doakan semoga adik berjaya ambil kos ini.. belajar rajin2.. khabarkan berita gembira kepada doc ya..

      Delete
  43. Assalamualaikum Dr. Saya lepasan SPM, pada pendapat Dr. mana satu yg lebih baik, asasi ke diploma ke matrikulasi.
    Saya takut nak ambil matrikulasi sb nanti tak dapat score saya dapat kos lelong. Tapi saya nak belajar sains lagi. Asasi sains saya tak dapat, hanya dapat law dan bukan sains. Apa pendapat Dr.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      ok doc faham soalan adik..

      agak susah nk jawab soalan ni adik, sbb ini melibatkan suatu keputusan yg besar dlm menentukan hala tuju adik..

      Tp kalau doc bg pendapat tak salah kn.. Bg doc, masing2 ada kelebihan masing2.. sbb tu nama pun berlainan, so cara pembelajaran pn berlainan, kalau sama, baik satukan je ketiga tiga institusi ni kan..

      Baik, mcm doc ckp, kalau diploma ni, mmg makan masa sikit la sbb 3 tahun belajar, so belajar pun xdak stress sgt..

      Kalau matrikulasi ni, mmg kena pantas catch up apa yg belajar, okay jugak adik nk masuk matrik ni, tp adik kena btol2 struggle la setahun ni, btol2 tumpu tak main2 tak kwn dgn org hahaha.. kalau buat sambil lewa tu la yg boleh kena kos lelong tu.. dont worry adik, jgn takut.. mcm2 pengalaman doc nmpak dari student matrikulasi ni..

      doc bg contoh simple je..
      ada yg masuk matrik dgn result 9A , tapi keluar matrik dgn pointer 3.00 sahaja, malah ada yg lg teruk 2.80 je.. ada, bkn tak da..

      dan ada yg masuk pn hujung2 rayuan je, tp keluar matrik pointer 3.80 , malah 4.00 pn ada.. masing2 bergantung pada adik punya niat dan TARGET.. kalau target dan tumpu btol2, mmg boleh .. so dont worry.. panjang pulak doc tulis ni, salu komen pendek2 je.. naseb la sbb rini tak berapa bz sikit.. boleh la tulis lebih2..

      so good luck ye adik.. nk belajar jauh2 kena kuat semangat..

      Delete
    2. Ya Allah nervousnya, hm :( terima kasih banyak Dr. Saya appreciate sangat Dr. reply. Alhamdulillah ada tempat nak tanya pendapat. Terima kasih Dr. ! :)

      Delete
    3. Alhamdulillah.. semoga adik dilimpahi rahmat Allah selalu

      Delete
  44. Assalamualaikum Doktor,
    Saya dari Diploma Bioteknologi next semester dah LI. Tapi saya dah cuba minta tempat2 seperti zoo but disapprove. Impian saya dari sekolah menengah nak jadi vet, cuma saya tersilap masa buat pilihan UPU dulu. Hmm adakah saya masih ada peluang untuk menyambung kos DVM selepas saya habis diploma atau saya kena start dari awal. tolong doc :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Adik..

      Adik Diploma Bioteknologi ye.. Biasa la dik, doc dulu pun nk gi LI kat zoo pn kena reject jgk, mungkin ada sbb la tu management nk handle benda lain tu.. no problem..

      Okay, utk laluan adik.. Diploma tu dah okay sbb dah aliran sains dh tu.. Cuma adik perlu kuatkan pointer supaya boleh apply semula di UPU utk kos ijazah nnt.. adik kena tahu bahawa persaingan sangat tggi utk mohon kos ini..

      Tapi siapa tahu rezeki kan.. Good luck ya

      Delete
  45. Assalam doc. Saya budak baru lepasan spm. Saya sangat minat course vet ni. Tapi masa spm saya hanya amik course sains sosial. Which is ada sains tapi sains basic je. Subjek bio/kimia/fizik mmg saya tak amik. Sains pulak saya hanya score B+ je masa spm. Rasa2 doc ada tak peluang saya untuk belajar dalam bidang ni? Dan kalau doc rasa macam ada peluang boleh tak dr suggestkan saya beberapa course diploma/asasi/matrikulasi yang berkaitan dengan course vet bagi saya untuk meneruskan ijazah d upm/umk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik..

      doc faham soalan adik..

      Agak susah jika adik tak ambil subjek sains tulen seperti fizik kimia dan biologi kerana subjek2 ini adalah subjek teras yg perlu ada dalam permohonan kos ini..

      Doc cadangkan adik apply untuk kos diploma dahulu kerana laluan lain seperti Matrikulasi/asasi/ stpm adalah lebih sukar..
      Apabila adik habis kos diploma, adik boleh cuba apply utk ijazah ini, DENGAN SYARAT pointer adik kena tggi la.. sbb persaingan sgt tggi.. berebut2 pelajar lain pun nak..

      Faham kan apa yg doc jelaskan ni.. Good Luck

      Delete
  46. Assalamualaikum Doc ,ape pendpt doc if sy amik sijil veterinar di instutusi veterinar malaysia..boleh ke sambung degree ke dvm ..sy skrng di asasi sains tp pointer sy tahu tidak memuaskn sy thun akhir sem 3 asasi sains.. upm/umk perlu pointer 3.9 above .. jadi apa jalan yg terbaik utk sy msuk ke dvm,sy mmg minat terlampau minat dgn haiwan..smpaikn sy tgk semua haiwan comel lah.. ����.jd doc mcm mna ye jln yg terbaik..

    Harap sgt doc boleh membantu,terima kasih doc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Pada pendapat doc, tak salah pun adik amik sijil veterinar di IVM.. Cuma lambat dan jauh lagi perjalanan adik jika nk jadi doc veterinar.. kenapa doc ckp mcm tu?
      sbb selepas sijil adik perlu amik diploma dahulu yg memakan masa 3 tahun, dan kemudian ambil pulak kos ijazah yg memakan masa 5 tahun.. Campur semua lebih kurang 10 tahun utk habiskan semuanya.. Kalau tak silap doc, lepas amik sijil, adik perlu kerja dgn jabatan veterinar dahulu selama beberapa tahun sebelum boleh sambung utk ke diploma, jdi mungkin akan memakan masa lagi..
      Doc bkn nk bg adik lemah semangat, tp doc ceritakan situasi yg sebenar kpd adik..

      Pada pendapat doc, adik dah amik asasi dan selepas ini terus boleh ambil ijazah, why not adik terus ke bidang ijazah lain..

      TETAPI, jika adik nk teruskan hasrat utk jd doc veterinar, tiada masalah, adik boleh cuba ikut cadangan yg doc bg diatas..

      TETAPI harus diingat bahawa persaingan amat2 tggi utk mohon kos ini di UPM mahupun UMK.. Good luck ye adik

      Delete
  47. Salam doc. Sy dpt tawaran asasi sains umk mara tu. Berapa pointer perlu sy dpt yg meet requirement utk degree vet? Saya ni bukanlah seorg yg suka addmath. Tp bio sy A+. Agk2 doc sy bole strive tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik...
      Asasi sains adik dpt di mana tu? Kolej mara kulim ke?

      Pointer utk meet requirement utk degree vet adalah 3.5 keatas .. tetapi harus diingat bahawa persaingan skrg ni sgt tggi, jadi adik kena score more than that kalau nk lebih secure..
      Jgn risau, addmath bkn lah satu keutamaan, yang penting subject biology kena cun..
      Utk result bio tu dah elok sgt.. dont worry, adik mmg boleh strive punya utk course ni.. dont worry punya.. cuma kena rajin belajar je..

      Tahniah ye

      Delete
  48. Assalammualaikum doc. Saya dpt tawaran ke matrikulasi tapi results spm saya tak lah bagus.. Bio C+, Fzk C, Kimia D dan addmaths lulus je. Ada peluang ke lagi untuk saya jdi doktor haiwan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Insyaallah, selagi adik berusaha, insyaallah ada ganjaranya..
      Mcm ni la dik, doc bg simple punya cerita waktu doc kat matrikulasi dulu..

      Ada student cemerlang 8A masuk matrik, tetapi keluar matraik dgn mmbawa pointer 2.50 je..
      Ada student tak berapa cemerlang, result spm 3A je, tapi keluar matrik dgn pointer 3.50..

      Agak2 kenapa jadi mcm ni? haaaaa...
      Itu yg menjadi persoalan.. benda ni berlaku dekat kawan2 doc sendiri jgk..

      Apabila melangkah masuk dari pagar matrik ni, tinggalkan la semua result anda kat luar pagar, masuk matrik ni mula dgn kosong kosong balik.. Buang la ego yg straight A tu, jgn nk berlagak dah power.. Yg result biasa2 ni pulak, jgn rasa down, anda sama sahaja.. yg mmbeza kn adalah semangat nk belajar dan kejar pointer cemerlang..

      So, kuatkn semangat adik.. setahun ni je nk pulun kaw kaw.. tumpu betul2.. study, jgn bercinta.. itu je pesan doc.. insyaallah dpt pointer cemerlang nnt, boleh apply ke degree doktor veterinar.. senyum je..

      So good luck k.. jgn downn..

      Delete
  49. Assalamualaikun doc cita cita saya memang nak jadi cam doc tapi saya tak amik bidang sains dalam spm...masih ada harapan atau tidak?sebab saya memang minat bidang veterian ni��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Jika tak ambil subjek sains semasa di SPM, mmg tak dpt nak tlg sbb subj sains adalah subjek wajib.. Jika tiada subjek wajib ini, maka adik tidak memenuhi syarat..
      Kebarangkalian utk dpt adalah mustahil..

      Delete
  50. Salam doktor, saya lepasan diploma teknologi makmal perubatan, dgn pointer last 3.58 tapi spm saya cuma dapat B+ bio, B fizik,C kimia. Ada peluang tak saya utk sambung vet dekat umk doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik..

      Adik melepasi syarat kelayakan, cuma pointer yang adik perolehi tu agak rendah utk bersaing dengan calon2 lain dari Matrikulasi, Asasi, Diploma dan STPM.. Tak salah jika adik nak mohon, cuma peluang tu agak tipis..

      good luck ya

      Delete
  51. Assalamualikum doc,saya pelajar lepasan spm 2016 dan saya ditawarkan asasi sains di UMK n matrikulasi di negeri sembilan..Saya ingin tau pendapat doc tentang pilihan mana yang terbaik jika saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang vet ini.?mohon penjelasan doc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikuusalam adik..
      Kalau bertanyakan ttg pendapat antara asasi dan matrikulasi, doc akan suruh adik pilih yg mana adik suka, sbb apa? sbb kedua2 tempat institusi ni bagus.. asasi dan matrikulasi sama sahaja.. cuma corak pembelajaran di matrikulasi lebih pantas..

      Doc dari program matrikulasi jugak dulu, jadi doc tak dapat nk compare sgt dgn asasi ni..

      Delete
  52. Assalamualaikum doktor, saya pelajar lepasan spm 2016 dari samura. Saya ditawarkan asasi kejuruteraan dan sains komputer di uiam dan matriks negeri sembilan. Sejujurnya saya sangat meminati subjek biologi dan bercita-cita utk mnjadi seorg doktor veterinar. Namun, saya berasa amat berat hati dan syg sekali utk menolak twrn asasi engineering uia memandangkan saya tidak minat dlm kos trsebut lagi2 sye ini perempuan. Matrikslah satu-satunya tmpat utk sye kejar cita2 saya. Jadi di sini, saya ingin penjelasan doktor pilihan mana yg terbaik terutamanya dlm skop peluang pkrjaan pd masa akan dtg juga minat kte. Mohon penjelasan doktor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik,

      Doc faham.. Pada PENDAPAT doc la.. Jgn pergi kepada kos yg kita tidak minat.. Why nk jump pergi ke tempat / bidang yg kita sendiri tak da fun nak belajar..

      Better pergi ke tempat lain, iaitu dlm kes adik adalah matrikulasi.. Bila adik masuk ke matrikulasi, adik punya pilihan akan terbuka semula.. adik kena study btol2 dan dptkan result cemerlang.. then adik boleh apply ke degree yg mana2 adik suka..

      So better ke matrik.. itu pendapat doc la, tak tahu la mcm mana dgn keputusan adik kn..

      so good luck ya

      Delete
  53. assalamualaikum doc, sy dpggl utk temuduga doktor vaterinar di umk.. bleh x doc critakan tntg iv dia mcm mne & tipsnya.. tq byk2 doc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Adik boleh baca kat link di bawah ni.. doc dah tulis dah ttg tips interview..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/05/faq-tips-untuk-interview-ijazah-doktor.html

      Good luck ya

      Delete
  54. Salam dr, sy dr lepasan STAM 2016 dan spm sy dulu takde subjek sains tulen pun. Tapi baru baru ni sy dapat panggilan temuduga utk sarjana muda doktor perubatan veterinar di umk...jd sy nk tanya kos ni sesuai/layak ke utk sy atau tak sbb sy tkde basic sains. Sy patut pergi temuduga tu ke tak? And kalau sy tak pergi temuduga tu sy akan dpt panggilan upu yg lain ke tak nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Ajaib!

      Kenapa doc ckp mcm tu? Sbb adik tak amik subjek sains tulen, tetapi dpt kos ini..
      Walaubagaimanapun, mungkin ini rezeki adik.. Ok mcm ni adik.. kos doktor veterinar ni mmg mencabar dan memerlukan basic subjek sains iaitu subjek biology dan chemistry.. Jika adik tidak pernah belajar ttg subjek2 ni, kemungkinan besar akan menjadi sesuatu yg sangat susah utk adik nk hadam setiap subjek nnt..

      Doc bkn nk bg kamu takut atau apa ya, doc hanya berckp ttg perkara yg betul dan jujur.. Sejujurnya kos ini mmg susah kpd pelajar2 sains sendiri, tp kalau tak da basic lg susah..

      Setakat nk pergi interview tak jadi masalah , adik boleh pergi saja jika berdekatan dgn rumah adik.. Jikalau tak pergi interview, doc tak pasti sama ada pihak upu akan beri panggilan lain atau tidak.. adik boleh call UPU utk bertanya soalan itu, mereka lebih arif..

      Delete
  55. Salam dr, saya mohon vet sbgai pilihan yg ke-2, dan saya tak dapat panggilan temuduga, tapi saya masih nak kos vet. So, macam mana tu dr? Saya masih ade peluang lagi untuk kos vet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalama dik..

      Apakah pilihan pertama adik?

      Sepatutnya jika adik mahu kos itu, pilihan pertama patut adik isi..
      Doc rasa jika tak dpt panggilan interview, bermakna adik tidak dpt la.. Peluang doc rasa tipis, walaubagaimanapun, adik boleh cuba buat surat rayuan dan hantar kepada pihak universiti .. cuba call dan tanya prosedur ya..

      Delete
  56. salam dr.. nak tanya...brapa possibility yang kena interview ni akan berjaya dapat kos ni eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalama dik..
      Possibility ini bergantung kepada rezeki jugak.. Ok mcm ni..
      utk interview ni, penemuduga hanya nak tgk minat bakal2 pelajar utk masuk kos ini, adakah mereka minat dengan haiwan dan kos ini.. itu saja berdasarkan prinsipal nya..

      Jd berbalik kpd soalana dik, berapa possibility.. sbnarnya bergantung kpd berapa ramai student yg minat..

      EG: jika 10 org dtg interview dan semua tak minat kos ini, so possibilitynya 0.

      Jadi jgn kira ttg possibility itu sgt, JIKA rezeki adik dah tertulis, insyaallah adik akan dpt.. Percaya kepada Allah, jika tidak dpt, rezeki adik dah diatur di tempat lain.. percayalah..

      So, good luck ya

      Delete
  57. Salam dr.saya baru dapat iv upm tapi pointer saya cumalah 3.78 lepasan asasi. Adakah peluang saya cerah untuk course ni? Berapa orangkah biasanya dipanggil untuk temuduga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik..

      Syukur dpt iv..
      Ok, mengenai peluang tu, doc tak boleh nk ckp sbb semua tu berdasarkan apa keputusan yg penemuduga bg nnt hehe.. Tetapi jgn risau, tunjukkan minat adik dlm kos ini, insyaAllah adik boleh dipilih..

      Berapa org calon doc tak pasti dan pastinya berbeza2 bilangan mengikut tempat.. Jgn difikirkan sgt ttg berapa org tu, cuma dik kena jwb sebaiknya ..

      Kat bawah ni doc kasi tips utk adik nk baca utk iv nnt..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/05/faq-tips-untuk-interview-ijazah-doktor.html

      So good luck ye

      Delete
  58. Salam dr, saya dapat iv di umk dan x dpt iv di upm. Kalau saya nak masuk jugak upm, apa yang perlu saya buat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasaalam,

      Syukur alhamdulillah adik dpt terpilih utk ke iv yg berebut2 oleh student lain..
      Utk penukaran universiti, Adik tidak boleh menukar universiti kerana ini melibatkan sistem UPU yg menentukan adik bakal ditempatkan dimana..

      Delete
  59. Salam ramadhan dr, sy amat meminati bidang ini sejak kecil lagi namun sya tak berpeluang belajar ke arah bidang ini. Tapi sy tak pernah lupakan impian ini sehinggakan sy berjaya membuka perniagaan yg melibatkan boarding dan grooming kucing. Sekiranya sy ingin menambah perkhidmatan dlm perniagaan sy iaitu perkhidmatan veterinar, apa yg sy perlu lakukan? Adakah sy perlu mengambil sijil pembantu veterinar untuk ke arah degree veterinar? harap dr membantu, tq dr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasaalam adik..

      Utk menambah perkhidmatan, adik tak perlu nk menjadi doktor veterinar jugak, adik boleh hire atau gajikan seorang doktor veterinar utk bekerja dengan adik, jadi di situ adik akan menjadi boss kepada perniagaan baru ini.. Buka perkhidmatan klinik yg boleh merawat haiwan2 kesayangan di klinik adik.. kan lebih bagus.. walaubagaimanapun, ini hanya pendapat doc sahaja..

      Kalau adik nk ambil sijil veterinar, mmg sangat sukar laluan ke depan yg tak menjaminkan apa2 lagi..

      Delete
  60. thanks doc for your information . it's very helpful to me. i want to ask you doc . I've got 8A1B in SPM . but . i got b in english . so , is there any chance to me to this field ? and 1 more quetion. Alhamdulillah . I've got Asasi Sains Pertanian at UPM and Matrikulasi . so , in your opinion . which one is the best place for me to pursue my study to be a vet ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I already answered your question in email.. =)

      Delete
  61. hi doc! saya dapat iv vet @ upm. iv isnin 5/6/17. SAYA SANGAT TAKUT :( pointer sayang matriks 3.61 sahaja dan ini je uni yg dapat panggilan iv, saya harap saya dapat. tapi saya nak tanya, satu batch, upm ambil berapa orang ya utk kos ini? tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi adik..

      Kalau tak silap doc, satu batch skrg ni di upm adalah seramai 120 tempat.. tetapi kadang2 tak penuh pun sbb ada pelajar yg masuk dan keluar sbb dapat tawaran yg mungkin lebih abaik atau mereka tidak berminat dgn kos ini..

      Jd jangan risau ttg itu..insyaAllah buat yg terbaik , berdoa, kalaua da rezeki adik insyaallah dpt nnt tu..

      Doc bg tips nk iv sikit, boleh baca kat link di bawah ni..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/05/faq-tips-untuk-interview-ijazah-doktor.html

      Delete
  62. Salam doc, saya dpt panggilan interview utk dvm di upm hari isnin ni, alhamdulillah.. dan saya nak tanya, apa kebarangkalian saya dpt course ni kalau saya letakkan course ini pd pilihan pertama upu..saya ialah pelajar matrikulasi dan pointer terkini saya ialah 4.00..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik..

      Tahniah, adik dipilih utk ke iv di UPM..
      dan Tahniah jugak sbb dpt 4 flat di matrikulasi, chances utk adik dpt lebih tggi jika letak di pilihan pertama.. Pilihan pertama selalunya diutamakan..

      Good luck ya

      Delete
  63. Assalamualaikum doc, sy pelajar sains modul 3 matrikulasi. Saya nak tanya doc, saya tidak perlu menukar modul kan utk ambik degree vet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Setahu doc, modul 3 merangkumi math, kimia, biology dan sains komp.. Jadi adik di landasan yg betul.. takperlu tukar kos.. sub fizik tak diperlukan utk nk apply ke kos ini nnt

      Delete
  64. salam sejahtera doc.sayanak tanya apa perbezaan belajar vet di upm dan umk.saya nampak harga kos untuk setahun bagi upm ialah RM40,000 manakala umk hanya RM15,500 sahaja. Boleh saya tahu mengapa ada perbezaan yang ketara dalam bayaran ini.Adakah degree dari upm dan umk ini sama taraf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera..

      Ya, degree di UPM dan UMK sama saja taraf..
      Perbezaan mungkin disebabkan banyak faktor, salah satunya adalah berkaitan kemudahan yg disediakan oleh pihak universiti kepada pelajar2.. UPM adalah sebuah uni awam yg sudah berpuluh tahun dan sudah diiktiraf (established) sejak sekian lama, walhal UMK ialah sebuah universiti yg baru (sekitar 7 8 tahun ) sejarah penubuhan utk Fakulti Perubatan Veterinar ini.. Jadi dari segi kemudahan yg disediakan, mmg terdapat beberapa perbezaan dari segi kemudahan yg disediakan .. Jadi ini akan effect kpd yuran pembelajaran yg perlu dibayar oleh pelajar2..

      Delete
  65. Assalamualaikum doc, saya dah email doc soalan. Saya harap doc dapat reply :))

    ReplyDelete
  66. assalamualaikum doc, saya dapat interview vet umk 17/6 which is sabtu ni. saya dh baca smua komen di atas and dh bukak tips yg doc bg. saya from asasi umk. and result saya 3.5 above and muet band4. tapi saya still nervous sebab umk ambik student skit je untuk kos vet. and student asasi umk yg ditawarkan interview pon dh rmai.any extra tips doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik,

      Tips lain adalah usaha yg terbaik,
      doa yg terbaik,
      dan bertawakal kpd Allah..

      itu saja hehe

      Delete
    2. awk dpt iv vet di umk ke before? sy pun dpt jgk.. bleh smbang lebih psal iv hritu..hihi

      Delete
  67. Assalamualaikum doktor, saya nak tanya kalau masa matrikulasi saya dpt pointer kurang dari 3.0. Ada tak cara untuk cara menceburi dalam bidang ini? Saya sangat berminat untuk menceburi bidang ini sejak dari kecil lagi. Adakah, mungkin ada kos yang tertentu dulu yg boleh saya mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik..

      Maaf sbb doc lambat reply, sangat2 bz dgn McD audit..
      Jika pointer adik bawah 3.00, kemungkinan besar terlalu sukar utk adik menceburi bidang ini..
      Bidang ini agak tough dan susah sebenarnya adik..
      Doc tak ada idea la ttg bidang lain yg dpt bersangkutan dgn bidang dok veterinar ini..

      Delete
  68. Assalamualaikum doktor, saya nak tanya kalau saya dah lepas interview peluang untuk mendapat kos ini nipis atau sebaliknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik..

      Maaf sbb doc lambat reply, sangat2 bz dgn McD audit..
      InsyaAllah adik.. jika dah lepas iv, chances utk diterima agak tggi.. hehe good luck ya

      Delete
  69. salam doktor. saya nk tanya. saya pelajar diploma lulusan universiti kolej agrosains (ucam ) which kolej pertanian ( swasta ) . cgpa saya ialah 3.12 . saya nk tanya ada tak peluang untuk saya apply kos ini.saya sangat minat kos veterinar nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik..

      Maaf sbb doc lambat reply, sangat2 bz dgn McD audit..
      Peluang agak tipis adik sbb pointer adik agak rendah kerana persaingan utk kos ini agak tggi..
      Apa yg doc boleh ckp, pelajar pointer 3.70 pun masih ditolak permohonan nya..

      Delete
  70. Assalamualaikum dr,saya rancang nak htr surat rayuan terus . Boleh tak sy nak emel dr sebab sy ada bebebrapa soalan nak tanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik..

      Maaf sbb doc lambat reply, sangat2 bz dgn McD audit..
      boleh email ke megawealthvet@gmail.com

      Delete