XM.COM

Monday 29 February 2016

Apakah itu Penternakan Kontrak? What is Contract Farming in poultry industry?

Salam 1 Mac 2016,

Jadi semuanya bakal terungkai disini, blog informasi ini tidak akan berhenti untuk memberi ilmu walaupun sedikit.

Kepada yg berminat utk menternak ayam pedaging secara kontrak, mereka boleh memahami serba sedikit tentang kontrak itu dalam entry terbaru ini.


Jadi, apakah maksud/makna termudah yg boleh bakal penternak faham?
CONTRACT FARMING ini adalah dimana integrator syarikat-syarikat ayam yg besar cth: (CP, Leong Hup, CAB, AYAMAS , DINDING, HWA HUAT, CP dan lain-lain) akan supply anak ayam, dedak ayam, ubat ayam secara kredit kepada penternak.  Maksudnya kita akan beli semua ni secara hutang dengan integrator. Dan lepas ayam kita dah besar, company ni akan beli balik semua ayam kita dan tolak balik hutang yang kita pinjam utk kos anak ayam, dedak & ubat.

FARMER hanya perlu menyediakan reban ayam, yang lengkap dengan peralatan utk kemudahan makan, minum dan persekitaran ayam supaya boleh hidup dgn gumbira.. Jadi sebagai penternak, bela la ayam-ayam anda dengan baik agar kadar kematian tidak tinggi dan anda bakal mendapat pulangan yg lumayan. 
Pada saya, saya takkan menyebelahi mana2 Integrator, jadi boleh buat pilihan masing2.. Jika tidak jelas boleh kemukakan soalan berkaitan.


CP (charoen pokphand)


LEONG HUP


CAB CAKARAN


AYAMAS


Dinding Poultry




Selamat beramal..


Thursday 25 February 2016

Boleh ke nak mandulkan kucing / anjing? Hukum?

Salam semua,

Entry terbaru ini berkisarkan tentang persoalan masyarakat dalam hukum hakam pemandulan/pengkasian kucing dan anjing. Persoalan itu akan terjawab sampai habis entry ini. Jadi baca dan lihat semua gambar ini ya.

 

Jadi, apakah yg anda faham tentang gambar yg saya tunjuk ini? Jeng jeng jeng..

(Sapa faham angkat tgn!!) ecece..
Jadi gambar diatas menggambarkan jika seekor kucing betina yang tidak dimandulkan, akan melahirkan 4 - 5 ekor anak kucing.. dan anak2 kucing tersebut akan membesar dan apabila berlaku proses panjat-memanjat, anak2 kucing td akan melahirkan anak2 kucing yang baru.. Jeng jeng jeng..

Boleh bayangkan tak kalau dalam setahun terdapat beratus malahan beribu kucing2 terbiar tidak dimandulkan.. Ibu2 kucing mungkin akan melahirkan zuriat yang byk , byk dan sgt byk.. Jadi siapakah yg akan menjaga kebajikan semua kucing2 ini??

Adakah semua kucing2 ini akan diberi makan sama seperti kucing kesayangan kita dirumah..?? dapat dibelai tiap2 hari, dapat dimandikan tiap2 hari, shampoo, vaccinate.. Haaaaaaa... disini la welfare yg harus dijawab..

Cuba bayangkan gambar kedua ini pula.. hehe


Kena tahu yang kadar kelahiran kucing adalah lebih kurang 2 bulan sahaja.. Jadi kadar kelahiran akan jadi meningkat dalam masa setahun.. Ye dak?

Jadi, terdapat pelbagai pandangan dan persepsi masyarakat tentang hukum pengkasian kucing dan anjing ini.. Rata ada yang setuju dan ada yg tidak setuju.. Mostly yang tak setuju adalah dari NGO-NGO yang cintakan haiwan/ mereka2 yang menjaga kebajikan (welfare) haiwan2 ini.. Mereka yg cintakan haiwan2 ini mmg akan bantah sekeras2nya.. Jadi  isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan..

Jadi, whatever permasalahan, kita kan sebagai muslim perlu merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah dimana satu2nya hasil tinggalan Nabi Muhammad SAW kita..

Jadi mesyuarat oleh para ilmuan islam perlu agar mengikut syariat yg betul.. 


Seperti saya kata pada awal entry td, jd hukumnya HARUS DENGAN SEBAB-SEBAB TERTENTU IAITU BAGI MENJAGA MASLAHAH AMMAH.

Sekian Terima Kasih ..

Dr. Macho 

Masih ramai yang tidak jelas tentang perjalanan dari UPSR ke Doktor Veterinar...

Pagi semua..

Seperti yg saya sedia maklum, masih ramai yang tidak jelas tentang perjalanan utk menjadi seorang doktor veterinar ni..

Ya, saya akui, dulu pun saya mcm kalian jugak.. Veterinar?? Gulppp.. apa tu?
Haiwan? Owhhhh.. haiwan tu sama je la ngan veterinar tu.. Baru la OOOOOOO panjang..kiki



Gitu la.. So bila bercakap mcm mana nk jd seorang Doktor Veterinar ni, kan En. Macho dah jelas kan dlm blog sebelum ini.. Takpe2, kalau korg terlepas link sebelum ni, ni kat bawah ni korang boleh baca tentang link tersebut..

http://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

Haaaaa, dengan jelas en macho harap adik2 dapat faham serba sedikit tentang perjalanan nak jadi Doktor Veterinar ni.  Kalau rasa masih tak faham boleh hantar comment/email kat en macho. Insyallah saya boleh tolong jelaskan dengan lebih jelas.

Harap agar entry blog terbaru ini berguna buat semua. Ameennn.. Salam Jumaat 26 Feb 2016..

Tuesday 23 February 2016

Pilihan kerjaya dalam bidang Doktor Veterinar


Bertemu lagi kita di blog Megawealth Vet anda!

Kerjaya di Veterinar?

Cerita saya dalam bidang ini.


Selepas habis belajar selama 5 tahun di dalam pengajian Ijazah Perubatan Veterinar, sudah tentu anda akan menentukan kerjaya yang paling sesuai yg anda akan ceburi.
Maksud kerjaya di sini adalah, kita akan memilih bidang mana yg paling sesuai untuk kita.
Terdapat pelbagai bidang untuk seorang Doktor Veterinar boleh pilih dalam hala tuju kerjayanya.
Contohnya:





1. Small Animal Clinic - Sektor ini sangat terkenal dek keterujaan masyarakat kita membela haiwan peliharaan mereka sebagai teman seharian.  Tidak hairanlah jika sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk seekor kucing comel.  Hal ini menjadikan klinik haiwan kecil ini menjadi pilihan utama vet yang mencari kerjaya dalam bidang ini.  
Tambahan pula klinik haiwan pada zaman skrg 'bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan', jadi persaingan juga sudah tentulah menjadi tinggi dek pelanggan yang ramai.
Jadi, sektor ini adalah satu option yg baik dan bagus untuk vet terutamanya perempuan kerana kerja mereka hanya di sebuah klinik haiwan tanpa pergi ke tempat lain. Terpulang kepada minat masing2, tiada paksaan. Gaji juga agak lumayan bagi sektor ini, kawan saya starting boleh mencecah sehingga RM 3,5++ - RM 3,8++. 



2. Pensyarah -  Pensyarah juga salah satu cabang untuk seorang Doktor Veterinar menyambung kerjaya mereka di dalam bidang akademik.  Dalam bidang akademik ini, mereka perlu kerap menghasilkan buku2 ilmiah dan menghasilakn kajian terbaru tentang kepakaran mereka. Tapi harus di ingat, mereka yang mahu ke bidang ini perlulah mengambil 'master' dahulu keperingkat kepakaran mereka sebelum dapat diserap masuk untuk menjadi seorang tenaga pengajar dalam Universiti. 

Image result for lecturer

3. Ladang ruminant - Terdapat banyak ladang2 ruminant (lembu, kambing, biri-biri) di Malaysia yang kita patut tahu. Walaubagaimanapun, sektor ini masih tidak dapat menghasilkan bekalan daging yg mencukupi buat Malaysia, Negara kita masih import daging2 lembu dari negara luar bagi menampung kekurangan bekalan daging. Jadi sektor ini masih lagi kecil dan potensi untuk seorang Doktor Veterinar bekerja di ladang2 haiwan ruminant adalah tinggi.  Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu ini.  Gaji juga agak lumayan sekitar RM3,5++ - RM 4+++.




4. Ladang Poultri / ayam -  Ladang poultri ini berkaitan dengan ladang ayam.  Ramai yang menjangkakan jika kerja di syarikat berkaitan ayam, kita terpaksa bekerja di ladang2 ayam.  Tidak sama sekali. Kita perlu buang pemikiran lapuk itu kerana profesyen kerja di Syarikat berkaitan ayam ini sangat luas.  Kita harus tahu ayam yang kita mkn tiap2 hari itu hanya ayam pedaging, walhal sektor ini lebih luas dari itu, nnt saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang AYAM BAKA yang diimport dari Syarikat AVIAGEN, US.  Ya, oleh demikian kita mesti akan ke ladang ayam juga untuk melawat jika ada aduan dari penternak tentang ayam sakit.  Gaji dalam bidang ini juga tidak kurang hebatnya sekitar RM 3,5++ - RM RM 4,+++.



5. Zoo (wildlife) - Dengar nama wildlife pun agak menggerunkan juga kan. Haaa, kerja di zoo anda akan selalu dapat ber'selfie' dengan haiwan2 yang rare yg kita tak jumpa tepi jalan hahaha.. ye dak..?
Mana tidaknya kalau jumpa Harimau tepi jalan mau lintang pukang. Okay, life di zoo agak mencabar, bkn kenapa, terlalu banyak haiwan di sini yang kita perlua arif / tahu tentang setiap haiwan.  Haiwan di sini perlukan persekitaran mereka yang 'tersendiri'.  dan juga penyakit haiwan disini juga terlalu banyak dek banyak species yg ada kat sini. Tidak hairan la jika saya katakan kerja di zoo ini agak masyuk la.. hehe.. berminat dengan wildlife boleh hantar resume ke zoo dalam Malaysia, jika nk 4k Singapore DOLLAR pergi la keja di Zoo Singapore.. darab berape tuuu duit kita.. peace!




6. Turf club/ Endurance - Kerja dengan kuda. Nampak mcm senang tp banyak ragam kuda ni hehe.. mungkin saya tak minat kuda kot.. BTW, working with horse mmg best jika kita tahu perilaku dan behaviour of horses ni. Actually kerja dengan kuda ni mmg perlukan kesabaran yang tinggi tp nampak enjoy jika kita pandai sesuaikan diri dengan job ni. Exciting kan kalau ada kuda sendiri, and you can imagine berapa harga kuda sultan Johor? hehe Ratusan ribu okay. So you can imagine kalau sultan hire you untuk jaga kuda dia.. Ermmmm, belanja tak habes kan.. tiba2 pulak ada endurance support sepenuhnya ke Dubai untuk jaga Horse Endurance.. Pergi bawa duit je la.. XD



7. Aquaculture - Bidang ini masih kecil di Malaysia, tetapi di luar negara bidang ini dah sampai ke satu tahap yg tinggi, di mana mereka sudah cuba utk tingkatkan genetik ikan! Boleh bayangkan tak? Tentang gaji dalam bidang ini saya kurang arif, mungkin boleh hantar resume ke UNDERWATER world Langkawi tgk hehe. 


8. Vaccine & Drug company - Haiwan mana yg tak amik vaccine dan ubat? jeng jeng jeng.. Kebanyakan klinik haiwan, ladang lembu ayam, kuda semua perlukan vaccine dan ubat2an utk cegah penyakit. Jadi anda boleh bayangkan betapa besarnya vaccine & drug company ni. Suggestion saya kalau nk kerja ngan vaccine & durg company ni, paling kurang bg subjek PHARMACOLOGY and BIOCHEM tu power haha.. kalau x susah sikit hehe.. So the bigger the industry, the bigger your salary.. pilihlah company besar2 mcm ELANCO, GLOVET, etc.


9. Laboratory -  Lab yg saya maksudkan ni byk. But mostly utk vet more to lab utk research.  For R&D (Research & Development) , so bila ada nya research2 baru ni, baru la benda baru terhasil. so pentingnya disini kan research2 laboratory ni hehe.. Gaji pun not bad, kerja di dalam lab sahaja, boleh la demand RM 3,5++ - RM 3, 7++.


10. Feedmill company : Company yg supply makanan haiwan ni adalah satu industri besar. Sangat besar, jagan pandang rendah sbb nya, haiwan2 terutamanya yg dok ladang tu kebanyakan amik pellet dari company makanan ni. Saya amik kira ladang ayam di Malaysia ni pun cukup la k.  Let say company saya ada 100 buah contract farming, setiap ladang akan order dedak ayam, sekali dia order mengikut bilangan ayam, kalau dia bela 100,000 ekor, dedak sekali order nak tak nak mesti 320 bags.  1 bags 50kg tu harga semasa RM90. so utk 320bags dah cecah RM28,800. hahaha
Ini baru satu ladang dah 28k. Kalau ada 100 ladang tak ke berjuta tu.


Sebenarnya banyak lagi kerjaya dalam bidang Veterinar ni, cuma kita perlu pandai pilih. Bersua kita kembali di lain masa.  Saya akan ceritakan lebih detail tentang satu2 sektor nnt. Selamat Beramal, no hate just love, mmmuuahhhhh Dato Vida sket kikiki..

Monday 22 February 2016

Pengenalan diri penulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Salam 1 Muhibbah,

Penulis blog ni hanya manusia biasa, tiada kuasa superhero yg luar biasa,
Penulis dilahirkan di Hospital Bukit Mertajam pada tanggal 3 April tahun 1991.  Seorang bayi yang agak comel telah dilahirkan disini yang bakal menggegarkan dunia suatu ketika nanti.

Penulis memulakan perjalanan hidup dgn cukup macho dan sporting.
Pelbagai suka duka dalam hidup telah ditempuhi,
hingga sampai satu ketika penulis rasa sudah tertewas melawan dunia yang fana ini.
Penulis tidak putus asa dan bangkit di penghujung jalan.

Penulis juga manusia biasa, pernah melalui zaman kejahilan dan dari situ penulis bangun dan perbaiki kesilapan sehingga sekarang penulis bisa berdiri dengan tegap lagi gagah perkasa.

Jangan terlalu ambil hati dengan gaya penulisan saya kerana saya bukan A. Samad Said sasterawan negara yang bisa berkata2.  Alhamdulillah skrg penulis sudah berjaya menjadi seorang Doktor Veterinar dan bekerja di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang.

Penulis bisa menceritakan liku2 dan ranjau dalam menempuh kerjaya ini tidak kira lah semasa masih dibangku sekolah atau pun semasa bekerja. Semua pengalaman manis dan pahit menjadikan kita kuat dan tabah menempuh dugaan yang mendatang.  Yang penting jangan putus asa, Rezeki hanya datang dari Allah yang maha esa.

Penulis terkesan dgn kata2 kawan penulis, "APAKAH KITA TAKUT MISKIN SEDANGKAN KITA HAMBA DARI YANG MAHA KAYA"

Renung2kan dan selamat beramal.

Kerjaya sebagai Doktor Perubatan Veterinar

Salam 1 Malaysia,

Memandangkan ni post pertama utk blog ni, jd kita chill2 lepak2 sket ye.. As vet pun tak da la kena serious sgt. hehe

Orait, as vet @ doktor veterinar, ramai yg masih belum tahu tentang kerjaya ini.  Bagi saya kerjaya ini mmg sgt2 luas.  Memandangkan kos ini mmg luas jadi, sebelum kita grad lagi selalunya dah ada pihak syarikat swasta dah ready2 berebut nk hire bdk2 vet ni.  Itu yg best tentang bidang Doktor Veterinar ni.

Jadi, pertama skali mari saya ceritakan tentang perjalanan yg harus di tempuhi oleh pelajar2 yang berminat untuk menceburi/berminat untuk kerjaya sebagai Doktor Veterinar ini.





 Diatas adalah carta alir yg menunjukkan perjalanan yg harus di tempuhi oleh pelajar2 yang berminat untuk menceburi bidang Doktor Veterinar ini.

First skali, tentulah kena bermula dari UPSR untuk menentukan sekolah yang bagus untuk ke tingkatan 1.  Jadi selepas itu haruslah belajar untuk score dalam PMR, selepas PMR lah kita akan pergi/pilih ke bidang pengkhususan. sebagai contoh, kalau sapa yg minat bidang sains, cikgu akan suruh amik subjek sains (eg Biology, Kimia, Fizik), dan kalau minat ke bidang agama, cikgu akan suruh amik (eg Al-Quran Sunnah, Bahasa arab Tinggi etc), dan kalau minat dalam bidang perakaunan cikgu akan suruh pilih bidang akaun (eg Prinsip akaun, ekonomi asas etc).

Jadi selepas itu baru akan ke SPM. SPM ni adalah titik permulaan anda untuk buktikan yang anda memilih bidang yang betul. Nasihat saya pada semua supaya belajar betul2 dalam SPM ini.
Berbalik kita pada bidang vet ni, jadi nk jadi doktor veterinar, kena lah score A dalam subjek sains, cth BIOLOGY A, KIMIA A, FIZIK A.. MMg cerah dah masa depan anda dalam menceburi bidang vet ni.. Belajar btol2 dik, jgn la 'berjimba2' , 'khayal dgn cinta' , 'honeymoon' sebab masa ini yang sangat penting untuk kerjaya adik2 pada masa hadapan.

Jadi, selepas SPM, jika result adik cemerlang.
adik2 ada 4 jalan untuk memilih jalan untuk jd Doktor Veterinar:

1. melalui STPM : okay, kalau nk masuk STP pun boleh, tp adik2 kena amik bidang sains jgk la, waktu kat stp ni adik2 kena study betul2 subjek sains, dan score . Alaaaa, belajar kat mana pun kena score jgk ye dak.. sbb org akan nilai adik2 berdasarkan keputusan adik2.. org takkan nilai adik berdasarkan bapa lama adik baca buku, sampai kul bapa adik study kan.. CUMA, kekurangan dia adalah amik masa panjang sikit al 2 tahun untuk habiskan STPM ini.

2. melalui MATRIKULASI: Okay, matrikulasi ni sebernarnya adalah jalan paling pintas utk menceburi bidang Doktor Veterinar. Maksud saya adalah, ini adalah jalan 'shortcut' utk adik2 nk masuk bidnag Doktor Veterinar ini. Tapi adik2 kena score betol2 dalam Matrikulasi ni jika berhasrat utk ceburi bidang vet ni. Mcm biasa, subjek Biology adik2 kena score A dan juga KIMIA A.

3. melalui PROGRAM ASASI : Okay, program asasi adalah salah satu jalan utk kita mnjadi Doktor Veterinar.  Program asasi ini adalah satu program yang tough/ agak sukar kerana jadual pembelajarannya yang padat. jadi kena struggle sikit. Jangan risau, belajar kat mana2 pn mmg kena struggle kan, ye lah nk jadi doktor kan, takkan la senang mcm kacang, ye dakkk? hehe

4. melalui DIPLOMA: Okay, kos Diploma Kesihatan Haiwan & Penternakan (DKHP) ini ditawarkan di UPM cawangan Bintulu, Sarawak. Jadi, kat sini adik2 kena belajar btol2 untuk score pointer yg bagus untuk sambung ke Ijazah Doktor Perubatan Veterinar nnt.  CUMA, kekurangan nya lambat sikit la sbb adik2 kena habeskan masa 3 tahun di sini, tp tetap ada kebaikan iaitu adik dah berjaya genggam segulung diploma, jika adik tak da rezeki nk sambung pun, atleast adik boleh mintak kerja guna diploma adik2.  dan kebaikan satu lagi, ini adalah jalan selamat, maksud saya biar lambat, asalakan selamat sampai ke cita2 yang kita tujui. 

Dan last sekali sampai la ke bidang IJAZAH PERUBATAN VETERINAR dan keluar grad nnt akan jd seorang DOKTOR VETERINAR / VETERINARIAN.  Dari 3 laluan selepas SPM itu, adik2 boleh memohon di UPU utk ambil kos ini.
Bercerita tentang kos ini, di MALAYSIA setakat ini (2016) , hanya terdapat 2 UNIVERSITI yang tawarkan IJAZAH PERUBATAN VETERINAR ini, iaitu:

1. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) 
2. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Hanya dua universiti ini sahaja yang menawarkan ijazah ini. DAN TIADA UNIVERSITI SWASTA yang menawarkan ijazah ini. Itu yang menariknya. Jadi utk lain post saya akan berceritakn tentang keunikan kos ini, dan masa hadapan kos ini. Jumpa lagi, no hate, just love mmmmuuuaaahhh ( bajet neldya sensenrose kikiki. Assalamualaikum..

Yang Benar lagi Tulus, 
DR. VET ANDA